ANGINA
Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan
dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi
apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti
ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)Angina selalunya dikaitkan sebagai stable (predictable) atau unstable (less predictable) dan tanda kepada keadaan yang lebih serius.
Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang terjadi dari serangan.
Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah
Angina merupakan jenis kesakitan pada dada yang disebabkan oleh pengaliran
darah melalui saluran darah (coronal vessel) pada otot jantung (myocardium)
yang tidak cukup.
Jenis ketiga angina, yang dipanggil 'variant
atau Prinzmetal's angina'. Ia disebabkan oleh kekejangan pada arteri koronari .
Ia hampir selalu terjadi bila pesakit berehat. Dalam 2/3 orang dengan
Prinzmetal's angina, akan mengalami Atherosclerosis sekurang-kurangnya pada
salah satu saluran darah utama. Denyutan jantung yang tidak stabil adalah
antaranya, tetapi kesakitannya boleh segera dihilangkan dengan rawatan yang
standard.
Prinzmetal's Angina.
Kekejangan pada arteri koronari adalah keadaan terjerut arteri dalam
jantung. Kekejangan boleh menyebabkan pengaliran darah melalui arteri terhenti
atau menjadi perlahan . Simptom utama adalah sakit dada.
Silent Ischemia. Sesetengah orang
yang mengalami beberapa penyakit arteri koronari tidak mengalami kesakitan
angina, ia adalah keadaan yang dinamakan silent ischemia.Keadaan
ini adalah merbahaya kerana pesakit tidak mendapat tanda amaran mengenai
penyakit jantung. Dalam satu kajian, pesakit dengan silent ischemia akan
mengalami komplikasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami
serangan angina (kesakitan angina sebenarnya melindungi jantung dari keadaan
sebelum serangan jantung).
Jika anda menghidapi angina, anda perlu mengetahui keadaan anda.
Pastikan
apakah jenis aktiviti atau situasi yang boleh menyebabkan serangan dan
bagaimana rasa serangan tersebut.
- Tanya diri anda sendiri jika anda boleh mengelakkan keadaan ini. Ingatkan
berapa lama serangan itu lazimnya berakhir dan bagaimana selepas berehat,
kesakitan atau ketidakselesaan ini beransur-ansur hilang.
- Adakah ubat yang dapat mencegah serangan angina? Adakah anda boleh
menghentikan serangan dengan mengelakkan makan dengan banyak, mengurangkan aktiviti
fizikal, mengelakkan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak stamina atau
belajar untuk mengawal emosi anda.
Tanda -tanda bahaya
Apabila anda sudah biasa dengan corak angina anda, anda sudah tentu dapat
mengenali sebarang perubahan dalam corak ini. Tanda-tanda ini tidak semestinya
dikatakan sebagai serangan jantung tetapi jika tidak pasti, anda perlu segera
merujuk kepada doktor anda.
Resources:Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr
Chandra Patel ) & www.umm.edu
- Lemah
-lemah, rasa sakit yang tidak selesa di tengah-tengah dada yang merebak ke
bahu kiri atau tangan.
- Sakit
lemah-lemah, terhimpit dan mencucuk-cucuk, terutama sakit pada tangan
kiri.
- Kesakitan
dirasai kerana ketidakcernaan.
- Rasa berat,
kesenakan, kekenyangan, bahang, sesak dalam dada, kerongkong atau bahagian
atas abdomen.
- Terlalu
penat, keletihan atau terasa hendak jatuh.
- Bernafas
dengan pantas.
- Berfirasat
buruk atau terjadi ketidakselesaan dada yang diikuti oleh kematian.
- Rasa cemas.
- Sakit di
rahang, gusi, gigi, kerongkong atau cuping telinga.
- Sakit di
belakang atau antara tulang belikat.
Stable Angina- adalah sakit dada yang diramalkan. Walaupun kurang
serius dari unstable angina, tetapi ia boleh menjadi terlalu sakit. Ia
selalunya dapat dihilangkan dengan rehat dan tindakbalas yang baik terhadap
ubatan dan rawatan (selalunya nitroglycerin). Keadaan-keadaan yang
meningkatkan keperluan oksigen boleh menyebabkan serangan angina.
Antaranya ialah:
- senaman
- cuaca sejuk
- tahap emosi
- pengambilan
makanan yang banyak
Serangan angina boleh terjadi pada bila-bila masa tetapi selalunya ia
berlaku antara pukul 6.00 pagi dan petang
Unstable Angina.- Unstable angina
adalah keadaan yang lebih serius dan kerap terjadi pada tahap pertengahan
antara stable angina dan serangan jantung, yang mana satu arteri yang menghala
ke jantung ( arteri koronari ) menjadi tersumbat keseluruhannya. Pesakit
selalunya didiagnos dengan keadaan unstable angina dibawah keadaan seperti:
- Kesakitan
yang terjadi semasa pesakit berehat.
- Pesakit yang
tidak pernah mengalami angina dan mempunyai kesakitan tahap sederhana
semasa kegiatan yang memerlukan jantung bekerja lebih kuat (seperti
berjalan 2 blok atau memanjat tangga ).
- Stable
angina telah terjadi beberapa kali dan kekerapannya dalam masa 2 bulan dan
ubatan tidak mampu menghilangkan rasa sakit yang terjadi.
- Perlu dingatkan bahawa unstable angina kini selalu disebut sebagai
keadaan yang dipanggil Acute Coronary Syndrome. Keadaan ini
termasuklah non Q-wave myocardial infarction, yang mana didiagnos
bila ujian darah dan ECG's menunjukkan tanda-tanda serangan jantung
No comments:
Post a Comment