14 August 2009

ATASI KEMARAHAN ANDA..




Imam al-ghazali memberikan beberapa pendekatan teori bagi mengawal kemarahan antaranya :

1- berfikir secara serius ajaran islam yang menekankan supaya menahan diri daripada marah.contonhya islam menggalakkan kita bersifat pemaaf serta bersabar jika dimarahi seseorang.
2- mengingatkan diri bahawa azab ALLAH akan tertimpa ke atas diri sama ada ataupun akhirat jika terus marah.
3- hendaklah memikirkan akibat yang akan diperolehi jika kita memarahi seseorang seperti terputusnya persahabatan, tli persaudaraan dan ikatan kasih sayang.
4- hendaklah membayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah itu. al-ghazali mencadangkan supaya kita membayangkan rupa kita yang sedang marah itu umpama seekor anjing yang sedang galak hendak menerkam.
5- hendaklah membayangkan pula selepas itu wajah para nabi, ulama, dan wali ALLAH yang tenang dan sabar.
6- suruhlah diri sendiri memilih sama ada hendak menyerupai rupa orang yang baik atau menyerupai rupa orng yang baik atau mnyerupai binatang yang menyeringai.

Imam al-ghazali juga memberikan pendekatan dari sudut praktikal bagi mengawal kemarahan :

1-membaca isti'azah, memohon perlindungan daripada syaitan.
2-mengambil wuduk.bertepatan dengan sebuah hadis :
" daripada atiyyah, rasulullah s.a.w bersabda : sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan
syaitan itu pula itu pula diciptakan ALLAH s.w.t drpada api dan api itu dapat dipadamkan dengan air.
3- berdiam diri.bertepatan dengan sebuah hadis yang bermaksud :
" daripada ibnu abbas, rasulullah s.a.w bersabda " ajarkanlah olehmu, permudahkan dan jangan menyusahkan dan jika kamu marah maka hendaklah kamu diam " di ulang sbyk 3 kali.




2 comments:

Anonymous said...

gud info.
btw, love that song.. what song is it? -->the song that appear when visit your blog?

Unknown said...

tajuk lagu Takut by vierra....
huhuhuhuhu...teng u 4 ta komen ya....