10 January 2014

KOordinasi BAdan

1. KOORDINASI BADAN 
Koordinasi badan menyelaras aktiviti sistem-sistem dan organ-organ Koordinasi badan terdiri dari koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.

2. SISTEM SARAF 
Sistem saraf kita berbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.

KOMPONEN DAN FUNGSINYA 

  •  SISTEM SARAF PUSAT 
 1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir maklumat.
 2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks.

  • SISTEM SARAF PERIFERI
 1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota di kepala seperti mata.

 2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan   dengan saraf tunjang.

Sistem saraf kita terbentuk dari rangkaian neuron-neuron. Neuron ialah sel saraf yang merupakan asas kepada sistem saraf yang berfungsi membawa impuls. Terdapat 3 jenis neuron. Neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor. Fungsi setiap neuron adalah seperti berikut :-


NEURON dan FUNGSINYA

Neuron DERIA : Menerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan.

Neuron PERANTARAAN : Menerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor

Neuron MOTOR : Menerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas.

Bahagian-bahagian dalam neuron pula mempunyai fungsi seperti dibawah :

BAHAGIAN NEURON & FUNGSI

BADAN SEL : Bahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel

AKSON : Membawa impuls keluar dari badan sel


DENDRON : Membawa impuls masuk ke dalam badan sel

SALUT MEILIN : Melindungi akson dan dendron

SINAPS : Ruang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls 
mengalir dalam satu arah sahaja

RESEPTOR : Struktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan

EFEKTOR : Struktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas

Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. 

Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai " tindakan refleks ".

Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. 

Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls (maklumat) semasa tindakan refleks disebut  "arka refleks" ialah :


Reseptor -> Neuron deria ->  sinaps -> Neuron perantaraan -> Sinaps -> Neuron Motor -> Efektor

3. OTAK 

Selain dari neuron-neuron, otak adalah bahagian yang terpenting dalam sistem saraf kita. Otak merupakan pusat kawalan semua aktiviti badan..

Otak terdiri daripada 3 bahagian : 

a. SEREBRUM - mengawal deria dan tindakan terkawal.
b. SEREBELUM - mengawal keseimbangan badan.
c. MEDULA OBLONGATA - mengawal tindakan luar kawal seperti pergerakan jantung.

Tindakan Terkawal dikawal oleh Serebrum. Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menunggang basikal dan menyanyi.

Tindakan Luar Kawal pula dikawal oleh Medula Oblongata. contoh tindakan luar kawal ialah degupan jantung, pergerakan usus ["peristalsis"] dan kadar pernafasan.