29 June 2012

ANGINA



ANGINA
Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)

Angina selalunya dikaitkan sebagai stable (predictable) atau unstable (less predictable) dan tanda kepada keadaan yang lebih serius.
Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang terjadi dari serangan.

Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah





Angina merupakan jenis kesakitan pada dada yang disebabkan oleh pengaliran darah melalui saluran darah (coronal vessel) pada otot jantung (myocardium) yang tidak cukup.


Jenis ketiga angina, yang dipanggil 'variant atau Prinzmetal's angina'. Ia disebabkan oleh kekejangan pada arteri koronari . Ia hampir selalu terjadi bila pesakit berehat. Dalam 2/3 orang dengan Prinzmetal's angina, akan mengalami Atherosclerosis sekurang-kurangnya pada salah satu saluran darah utama. Denyutan jantung yang tidak stabil adalah antaranya, tetapi kesakitannya boleh segera dihilangkan dengan rawatan yang standard.



Prinzmetal's Angina.


Kekejangan pada arteri koronari adalah keadaan terjerut arteri dalam jantung. Kekejangan boleh menyebabkan pengaliran darah melalui arteri terhenti atau menjadi perlahan . Simptom utama adalah sakit dada.



Silent Ischemia. Sesetengah orang yang mengalami beberapa penyakit arteri koronari tidak mengalami kesakitan angina, ia adalah keadaan yang dinamakan silent ischemia.Keadaan ini adalah merbahaya kerana pesakit tidak mendapat tanda amaran mengenai penyakit jantung. Dalam satu kajian, pesakit dengan silent ischemia akan mengalami komplikasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami serangan angina (kesakitan angina sebenarnya melindungi jantung dari keadaan sebelum serangan jantung).


Jika anda menghidapi angina, anda perlu mengetahui keadaan anda. 

Pastikan apakah jenis aktiviti atau situasi yang boleh menyebabkan serangan dan bagaimana rasa serangan tersebut.

- Tanya diri anda sendiri jika anda boleh mengelakkan keadaan ini. Ingatkan berapa lama serangan itu lazimnya berakhir dan bagaimana selepas berehat, kesakitan atau ketidakselesaan ini beransur-ansur hilang.
- Adakah ubat yang dapat mencegah serangan angina? Adakah anda boleh menghentikan serangan dengan mengelakkan makan dengan banyak, mengurangkan aktiviti fizikal, mengelakkan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak stamina atau belajar untuk mengawal emosi anda.



Tanda -tanda bahaya

Apabila anda sudah biasa dengan corak angina anda, anda sudah tentu dapat mengenali sebarang perubahan dalam corak ini. Tanda-tanda ini tidak semestinya dikatakan sebagai serangan jantung tetapi jika tidak pasti, anda perlu segera merujuk kepada doktor anda.
Resources:Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel ) & www.umm.edu
  • Lemah -lemah, rasa sakit yang tidak selesa di tengah-tengah dada yang merebak ke bahu kiri atau tangan.
  • Sakit lemah-lemah, terhimpit dan mencucuk-cucuk, terutama sakit pada tangan kiri.
  • Kesakitan dirasai kerana ketidakcernaan.
  • Rasa berat, kesenakan, kekenyangan, bahang, sesak dalam dada, kerongkong atau bahagian atas abdomen.
  • Terlalu penat, keletihan atau terasa hendak jatuh.
  • Bernafas dengan pantas.
  • Berfirasat buruk atau terjadi ketidakselesaan dada yang diikuti oleh kematian.
  • Rasa cemas.
  • Sakit di rahang, gusi, gigi, kerongkong atau cuping telinga.
  • Sakit di belakang atau antara tulang belikat.
Stable Angina- adalah sakit dada yang diramalkan. Walaupun kurang serius dari unstable angina, tetapi ia boleh menjadi terlalu sakit. Ia selalunya dapat dihilangkan dengan rehat dan tindakbalas yang baik terhadap ubatan dan rawatan (selalunya nitroglycerin). Keadaan-keadaan yang meningkatkan keperluan oksigen boleh menyebabkan serangan angina.
Antaranya ialah:
  • senaman
  • cuaca sejuk
  • tahap emosi
  • pengambilan makanan yang banyak
Serangan angina boleh terjadi pada bila-bila masa tetapi selalunya ia berlaku antara pukul 6.00 pagi dan petang
Unstable Angina.- Unstable angina adalah keadaan yang lebih serius dan kerap terjadi pada tahap pertengahan antara stable angina dan serangan jantung, yang mana satu arteri yang menghala ke jantung ( arteri koronari ) menjadi tersumbat keseluruhannya. Pesakit selalunya didiagnos dengan keadaan unstable angina dibawah keadaan seperti:
  • Kesakitan yang terjadi semasa pesakit berehat.
  • Pesakit yang tidak pernah mengalami angina dan mempunyai kesakitan tahap sederhana semasa kegiatan yang memerlukan jantung bekerja lebih kuat (seperti berjalan 2 blok atau memanjat tangga ).
  • Stable angina telah terjadi beberapa kali dan kekerapannya dalam masa 2 bulan dan ubatan tidak mampu menghilangkan rasa sakit yang terjadi.
  • Perlu dingatkan bahawa unstable angina kini selalu disebut sebagai keadaan yang dipanggil Acute Coronary Syndrome. Keadaan ini termasuklah non Q-wave myocardial infarction, yang mana didiagnos bila ujian darah dan ECG's menunjukkan tanda-tanda serangan jantung



SOALAN ANATOMY & PHYSIOLOGI



 Soalan Anatomie and Physiologi II

  1. Proses penukaran asid amaino ke ammonia dikenali sebagai
    1. anabolisme
    2. deaminasi
    3. eliminasi
    4. hidrolisis 
  1. Dalam keadan pesakit berpuasa pemwecahan glikogen berlaku untuk menghasilkan tenaga
    1. glikolisi
    2. glikogenesis
    3. glikogenolisis
    4. glukoneogenesia

  1. Struktur ini mengalami perubahan patofisiologikal dalam keadaan hydrocele
    1. Tunica Vaginalis
    2. Tunica albuginae
    3. Epidermis
    4. Tubular seminiferous

  1. Pengambilan roti akan merangsang penghasilan hormon ini
    1. Glucagon
    2. Gastrin
    3. Somatostatin
    4. Insulin

  1. Kelenjar yang menghasilkan mukus untuk melembabakan pembukaan vagina ialah
    1. kelenjar pituitari
    2. kelenjar sebum
    3. kelenjar mamari
    4. kelenjar bartolin

  1. Organ yang menghasilkan hormon insulin adalah
    1. ginjal
    2. pankrias
    3. gaster
    4. kelenjar adrenal

  1. Tompok Peyers berfungsi untuk
    1. menghasilkan sekresi usus
    2. merangsang peristalsis
    3. melindungi usus dari infeksi
    4. membantu dalam penyerapan nutrien
  2. Sel-sel gaster menghasilakan acid hidroklorik yang berlebihan akibat dari rangasangan saraf ini
    1. simpatetic
    2. para simpatetic
    3. mesentrik
    4. frenik

  1. Dalam kitaran haid hormon Estrogen mempengaruhi uterus menyebabakan
    1. penghasilan ovum
    2. endometrium menebal
    3. lapiasan uterus merosot dan runtuh
    4. kelenjar mengeluarkan banyak mukus

  1. Consistensi mucus di kanal servik berubah semasa ovulasi adalah bertujuan untuk
    1. mencegah infeksi menaik
    2. menyenangkan lalauan sperma
    3. menyenanagkan fertilisasi ovum
    4. mengekalkan kelembapan pada servix

  1. Kenyataan berikut adalah fungsi hormon progestron kecuali
    1. pembesaran uterus
    2. retensi cecair dan elektrolit
    3. menyebabkan kenaikan suhu badan
    4. menyebabakan semua otot2 licin relax

    12.Ovum yang telah dipersenyawakam dikenali sebagai
                  A.  Zygote
                  B.   morula
                  C.   gametes
                  D.   blastocele

    13. Proses pembahagian sel selepas persenyawaan sperma dan ovum dipanggil
                  A.  mitosis
                  B.   meiosis
                  C.   Oogenesis
                  D.   Gametogenesis

      14.Apakah peranan utama hepar dalam metabolisme lemak ¿
                 A. Menghasilkan fosfolipid
                 B. Menyimpan lemak untuk simpanan tenaga
                 C. Mengoksidakan asid lemak untuk menghasilkan tenaga
                 D. Menukar lemak ke lipoprotein untuk digunakan dalam badan

       15.Sebagian besar penyerapan air oleh trek alimentari berlaku di
                A. gaster
                B. duedonum
                C. ileum
                D. kolon

       16.Hepar akan menambahkan penghasilan cecair hempedu apabila
               A.hormon gastrin dirembeskan oleh perut
               B. mengambil makanan berlemak
               C. enzim lipase bertindak keatas makanan protein
               D. kimus yang acid ditolak masuk ke duodenum
    
        17. Hormon yang merangsangkan tubul seminiferus untuk menghasilkan spermatozoa
            ialah hormon
A.    perangsang folikel
B.     peluteinan
C.     progestron
D.    korionik gonadotrofin
     
       18. Susu yang dihasilakan di alveolus payudara dialirkan ke ampula oleh ductus.
              A. sistik
              B. laktiferous
              C. vas deferens
              D. ejakulasi

       19. Hormon esterogen dan progesteron dihasilkan oleh ovary dan
             A. Korteks adrenal
             B. medula  adrenal
            C. pepulau Langerhans
            D. pituitari posterior

       20. Mikro- organisma yang sering menyebabakan infeksi di hospital ialah staphylococus
           A. pyogenes
           B. albus
           C. aureus
           D. albicans

       21. Bahan Nitrogen disingkirkan dari acid amino untuk menjadi urea melalui proses :
           A. Pengoksidaan
           B. Pendetoksinan
           C. Deaminasi
            D. Transamainasi

       22.Organ pankrias menghasilkan enzim ini
            A. Ptialin,pepsin,renin
            B. Pepsinogen,renin,lipase
            C. Tripsinogen,amilase,lipase
             D. Enterokinase,erepsin,lipase

       23. Dari lapisan luar kedalam,dinding trek alimentari terdiri daraipada tisu- tisu.
             A. otot,adventitia,mukosa ,sub mukosa
             B. adventitia,otot,submukosa,mukosa
             C. adventitia,otot,mukosa,sub mukosa
             D. sub mukosa.mukosa,otot,adventitia

      24. Fungsi salur fallopio adalah seperti berikut, KECUALI
            A. membenarkan lalauan sperma ke ampula
            B. menyalurkan ovum ke uterus
            C. menyampu kedudukan uterus
            D. menjadi tempat bagi persenyawaan

      25.Dalam peringkat proliferatif kitaran haid,hormon Estrogen dihasilkan oleh :
            A. Ovum
            B.Folikel graff
            C.Korfus albikans
            D. korpus luteum
        26.Berikut adalah fungsi insulin ;
           A. menurunkan paras glukosa dalam darah
           B. meningkatkan paras glukosa dalam darah
           C. Mencegah kemasukan glukosa kedalam tisue
           D. Mencegah pengeluaran glukosa dari tisu

27.Tindakan hormon gastrin ialah :
 A. merangsang sekresi
B. merangsang motiliti gaster
C. menindas sekresi mukus
D. menindas sekresi gaster

28. Fungsi vilus di usus kecil ialah :
A. meresap segala bahan makanan yang dihadam
B. menghasilkan air untuk penyerapan zat makanan
C. menghadam bahan makanan
D. melambatkan pergerakan kimus

29. Proses penguraian acid amino untuk penyingkiran urea dipanggil :
A. metabolisme
B. oksidasi
C. katabolisme
D. deaminasi

30. Kedudukan uterus yang normal adalah
A. anteverted dan anteroflexed
B. anteverted dan retroflexed
C. retroverted dan retroflexed
D.retroverted dan anteflexed

31. Sperma dihacsilkan oleh
A. epididimis
B. tubul seminiferus
C. vesikel seminal
D.vas defres

32. Jika saraf vagus yang dibekalkan ke perut dipotong sepenuhnya pesakit akan mengalami perkara- perkara berikut :
A. sekresi asid hidrokolik bertambah dan perut menjadi aktif
B. bekalan asid hidroklorik berkurangan kerana perut bergerak cepat
C. bekalan asid bertambah dan pergerakan perut pasif
D.bekalan asid berkurangan dan pergerakan perut lambat

33.Fungsi tompok – tompok Peyers
A. menghasilkan sekresi usus
B. menggalakkan gerakan peritalsis
C. mempertahankan usus dari tindakan mikroorganisma
D. meresapakan nutrien makanan

34. Manakah satu kwadran abdomen yang akan metrasa sakit akaibat acute apendicitis
A. kiri bawah
B. kanan bawah
C. kiri atas
D. kanan atas

35.Enzym phytialin dalam mulut membanatu dalam pencernaan
A. lemak
B. karbohidrat
C. Protein
D. Vitamin

36. Fungsi rugae digaster adalah ;
A. Menambahkan  penyerapan
B. Membesarkan perut
C.Membenarkan pencernaan
D.Menambahkan aktiviti

37.Pencernaan lemak memerlukan
A. Hempedu
B. Asid hidroklorik
C. Air liur
D. Pepsin

38. pH cecair dalam vagina yang berasid adalah untuk ;
A.memberikan environmen yang sesuai bagi sperma
B. mengelakkan kekeringan dinding vagina
C. menjadikan keadaan vagina tidak sesuai untuk infeksi
D. pembaikan mukosa vagina berlaku dengan lebih berkesan.

39. Kesan paras Estrogen yang tinggi dalam darah
A. menyebabkan ovulasi
B.merangsang lakatasi
C. menyebabkan osteoporosis
D.menghalang sekresi hormon merangsang folikel

40. Hormon ini merangsang kuncupan pundi hempedu
A. gastrin
B. colisistokinin
C. renin
D.entrokinin



SOALAN seakan LJM



A: SOALAN OBJEKTIF
Jawab semua soalan

1.   Manakah tanda berikut menunjukkan angin ahmar?

A.   Sakit facial
B.   Pergerakan yang tidak stabil
C.   Pertukaran bau
D.   Hilang fungsi percakapan

2.   Manakah berikut adalah manifestasi penyerangan iskemia transient?

 A .Mula dengfan cepat dan symptom meningkat dengan perlahan
B. Symptom bermula dengan tiba-tiba dan dalam masa yang singkat
C. Symptom bermula dengan cepat dan menyebabkan kehilangan sedar diri
D. Symptom bermula dengan segera dan mengakibatkan kehilangan neurological.

3.   Manakah intervensi berikut adalah kritikal dalam penjagaan klien selepas lumbar punktur?
A. Puasakan klieMasukan kateter ‘indwelling fole
B.Beri sedatif pos prosedur untuk menggalakan tidur
C.Asses tempat punktur untuk pengeluaran cecair serebral spina artau pembentukan hematoma

4.   Manakah ubat berikut diberi untuk mencegah kejadian angin ahmar?
 A Clonidine (Catapres)
 B Benazepril (Lotensin) 
 C Methyldopa (Aldomet)
  D Dipyridamole (persantin)

5.   Nisbah compression : breathing dalam one-rescuer cardiopulmonary resuscitation (CPR) ialah
A 5   : 1
5   : 2
C15 : 1 
D15 : 2

6.   Jumlah darah yang dipam keluar oleh jantung dalam satu denyutan jantung dikenali sebagai

  1. Preload
  2. Afterload
  3. Stroke volume
  4. Cardiac output

7.   Aritmia ialah satu keadaan gangguan kepada

  1. Isipadu strok
  2. Keluaran output
  3. System konduksi jantung
  4. Pengaliran darah ke arteri koronari

8.   Hipertensi boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Bahagian jantung yang manakah akan mengalami kegagalan dahulu?

  1. Atrium kiri
  2. Atrium kanan
  3. Ventrikel kiri
  4. Ventrikel kanan

9.   Pesakit hipertensi dinasihat mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanannya kerana garam akan

  1. Menambahkan cecair intraselular
  2. Menambahkan pengambilan vena
  3. Meningkatkan retensi cecair interstitial
  4. Menambahkan isipadu cecair intravascular


10.Pemerhatian yang perlu dilakukan ke atas pesakit yang mengalami cerebral vascular accident (CVA) adalah tanda

A.   Kegagalan ginjal
B.   Kongesi pulmonary
C.   Gangguan peredaran periferi
D.   Peningkatan tekanan intrakranium



11.Encik Samad dimasukkan ke wad dengan tekanan darah 170/110 mmHg. Tindakan kejururawatan pertama anda ialah

A.   Rehatkan pesalit di atas katil
B.   Lengkapkan data peribadi pesakit
C.   Mengambil sejarah perubatan
D.   Ambil tekanan darah serta merta


12.Mekanisma yang menyebabkan kesakitan dada dalam keadaan angina pectoris ialah

A. tekanan darah yang tinggi
B. Kesesakan di arteri pulmonary
C. mengambil sejarah perubatan
D. ambil tekanan darah serta merta

13.Encik John yang mengalami infarksi miokardium dua hari lepas, kini didapati demam low grade. Demam ini disebabkan oleh reaksi terhadap

A.   Nekrosis tisu
B.   Infeksi miokardium
C.   Infeksi nasokomial
D.   Bacterial endokarditis

14.Semasa pemberian ubat glyceryl trinitrate (GTN), arahan yang perlu diberi kepada pesakit ialah

A.   Telan ubat bersama segelas air suam
B.   Menguyah ubat tersebut sebelum menelan
C.   Biarkan ubat itu larut perlahan-lahan di bawah lidah
D.   Ambil makanan selepas setengah jam menelan ubat


15.Tujuan utama pemerhatian rapi terhadap pesakit acute myocardial infarction yang sedang menerima infuse streptokinase adalah untuk mengesan

A.   Takipnea
B.   Pendarahan
C.   Fluid overload
D.   Extension of infarction


16.Komplikasi utama yang menyebabkan kadar mortality yang tinggi myocardial infarction adalah disebabkan oleh

A.   Dysrhytmias
B.   Pulmonary edema
C.   Left ventricle failure
D.   Aortic aneurysm



17.Edema yang dialami oleh pesakit congestive cardiac failure adalah disebabkan oleh

A Peningkatan tekanan vena
B Kekurangan serum albumin
C Ketelapan membarn sel-sel
D Kehilangan fungsi injap vena

18.Tindakan perawatan kepada pesakit kegagalan jantung yang mengalami edema di kaki

A.   Pakaikan supportive stockinet di kaki
B.   Beri sokongan pada kaki semasa mengubah baringan
C.   Galakkan pesakit melakukan senaman isometric kaki
D.   Tinggikan kaki pesakit ke paras jantung semasa rehat


19.Tujuan utama merawat pesakit yang mengalami congestive cardiac failure dalam posisi Fowler’s ialah

A.   Meningkatkan preload
B.   Meningkatkan tensi oksigen
C.   Mengurangkan retensi cecair
D.   Mengurangkan venous return

20.Pesakit kegagalan jantung kongestif mengeluarkan kahak yang berbuih dan berdarah akibat

A.   Infeksi di paru-paru
B.   Kongesi kapilari pulmonary
C.   Kesempitan salur pernafasan
D.   Penyekatan salur pernafasan


21.Kegagalan penutupan foramen ovale selepas bayi dilahirkan akan mengakibatkan

A.   Tetralogy of Fallot
B.   Atrial septal defect
C.   Pulmonary stenosis
D.   Patent ductus arteriosus


22.Tanda yang ditunjukkan oleh pesakit yang mengalami gangguan vascular arteri periferi ialah

A.   Edema di kedua-dua belah kaki
B.   Kadar nadi menurun di  ekstremiti
C.   Kongesi vena di bahagian distal kaki
D.   Sakit kejang pada otot-otot betis dan kaki


23.May adalah seorang penghidap infektif endokarditis. Beliau berisiko mengalami cerebrovascular accident akibat

A.   Iskemia
B.   Aneurysm
C.   Embolism
D.   Pendarahan


24.Tab. Captopril yang dipreskripsikan kepada pesakit hypertensi boleh menurunkan tekanan darah dengan

A.   Mengurangkan isipadu intravascular
B.   Menyekat beta-receptor di salur darah periferi
C.   Mengakibatkan relaksasi otot-otot licin vascular
D.   Mengurangkan pertukaran angiotensin I ke angiotensin II


25.Tujuan suntikan morphine diberi kepada pesakit myocardial infarction ialah

A.   Mengelakan disritma jantung
B.   Menguatkan kotraktiliti jantung
C.   Mengurangkan kesakitan dan kegelisahan
D.   Meningkatkan pengaliran darah ke myocardium

26.Pesakit yang mengalami ‘pernicious anemia’ selepas pembedahan gastrectomy adalah disebabkan kekurangan

A.   Zat besi
B.   Asid folik
C.   Vitamin B12
D.   Asid hidroklorik

27.Angina pectoris berlaku disebabkan oleh

A.   Nekrosis tisu miokardium
B.   Kekurangan oksigen miokardium
C.   Kekurangan  keluaran kardiak
D.   Kelemahan kotraktiliti kardiak

28.Disritmia bermaksud keabnormalan

A.   Struktur jantung
B.   Perfusi jantung
C.   Kontraktiliti jantung
D.   Fungsi injap jantung

29.Demam rheumatic akut boleh mengakibatkan kerosakan pada

A.   Septum jantung
B.   Miokardium
C.   Endokardium
D.   Injap jantung


30.Tujuan intervensi bagi deep vein thrombosis ialah untuk

A.   Mencegah pendarahan
B.   Mengelak kesekatan vena
C.   Mengurangkan kejadian iskemia
D.   Mengelak embolisme pulmonari


31.Tujuan pemberian streptokinase pada pesakit yang mengalami infeksi miokardium

A.   Mencegah pembekuan darah
B.   Menambah kotraktiliti jantung
C.   Menghancur bekuan darah
D.   Mengawal arrhythmia

32.Selepas serangan infarksi miokardium, suhu badan pesakit meningkat dalam masa 24-48 jam kerana

A.   Reaksi terhadap tisu nekrosis
B.   Sakit dada yang teruk
C.   Mendapa endokarditis bacteria
D.   Mendapat infeksi nosokomial

33.Sebelum pemberian digoxin kepada pesakit, jururawat perlu menilai

A.   Denyutan apeks
B.   Kadar nadi
C.   Tekanan darah
D.   Kadar pernafasan

34.Pemberian cecair berlebihan melalui infuse intravena bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif boleh mengakibatkan

A.   Ascitis
B.   Hiperkalemia
C.   Hipernatremia
D.   Edema pulmonari
35.Keadaan ini sering dikaitkan dengan masalah arteri koronari

A.   Polisitemia
B.   Arteriosklerosis
C.   Embolisme
D.   Anemia


36.Pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif mengeluarkan kahak yang bercampur darah kerana

A.   Jangkitan paru-paru
B.   Pendarahan gusi
C.   Kecederaan kapilari
D.   Hemoptesis



37.Pesakit yang mengalami endokarditis boleh mendapatkan strok kerana

A.   Pendarahan
B.   Embolisme
C.   Iskemia
D.   Aneurisme


38.Berikut adalah nasihat yang anda beri kepada seorang pesakit yang mengalami hipertensi

A.   Makan ubat mengikut masa dan kurangkan dos bila tekanan darah menurun
B.   Makan makanan seimbang mengikut kegemaran sendiri
C.   Mengenalpasti dan elak punca stress
D.   Lakukan aktiviti harian tanpa had



39.Pesakit yang menghidapi jaundis obstruktif mudah berdarah kerana kekurangan bahan ini

A.   Bilirubin
B.   Vitamin B12
C.   Vitamin K
D.   Globulin


40.Posisi yang sesuai bagi pesakit yang mengalami CVA ( cerebral vascular accident)  dengan tekanan intrakranium yang tinggi ialah

A.   Rekumben
B.   Pron
C.   Tinggikan bahagian kaki
D.   Tinggikan bahagian kepala


41.Tindakan perawatan serta merta terhadap pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi 170/110 mmHg semasa kemasukan wad

A.   Beri ubat hipertensi
B.   Beri sokongan emosi
C.   Rehatkan pesakit
D.   Laporkan kepada doctor

42.Manifestasi klinikal spesifik infektif endokarditis

A.   Eritma
B.   Petekia
C.   Perdarahan gusi
D.   Murmur






43.Bekuan darah yang menyekat pengaliran vena dikenali sebagai

A.   Varicose vein
B.   Thrombosis vena
C.   Thrombophlebitis
D.   Embolism

44.Kanak-kanak yang menghidapi ‘Tetralogy of Falot’ akan menunjukkan satu ciri klinikal berikut

A.   Batuk
B.   Edema
C.   Sinosis
D.   Demam

45.Tujuan rehat penting bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif untuk

A.   Mengelakan edema
B.   Menggalakan selera makan
C.   Mengurangkan bebanan ke atas jantung
D.   Menggalakan kontraktiliti jantung

46.Bunyi pertama ‘lubb’ yang didengar semasa auscultation dengan stethoscope dihasilkan oleh penutupan

A.   Injap mitral
B.   Injap aorta
C.   Injap-injap semilunar
D.   Injap-injap atrioventrikular

47.Antara berikut yang manakah dua (2) vena utama yang bercantum membentuk vena portal hepatik?

A.   Vena mesentrik superior dan vena splenik
B.   Vena splenik dan vena gastroepiploic kanan
C.   Vena mesentrik superior dan mesentrik inferior
D.   Vena mesentrik inferior dan vena gastroepiploic kanan

48.Duktus limfatik kanan dan duktus torasik mengalir secara lansung ke

A.   Cistern chili
B.   Subclavian veins
C.   Superior vena cava
D.   Axillary lymph nodes


49.Semasa infeksi di system saraf, bilangan sel yang akan meningkat ialah

A.   Astrosit
B.   Microglia
C.   Ependima
D.   Oligodendrosit


50.Tindakan ubat Captopril (capoten) yang dipreskripsikan kepada pesakit hipertensi ialah untuk

A.   Menghalang rembesan aldosteron
B.   Merelakskan otot licin salur darah
C.   Menyekat penyerapan semula sodium
D.   Mengurangkan spasma ke otot licin salur darah

51.Anemia boleh berlaku selepas gastrektomi separa kerana

A.   Kekurangan factor intrinsik
B.   Saiz gaster sudah menjadi kecil
C.   Penghasilan jus gaster berkurangan
D.   Kelambatan pencernaan zat makanan

52.Ubat untuk rawatan angina

A.   Morphine
B.   Betaloc
C.   Streptokinase
D.   Glycerin trinitrate

53.Berikut adalah komplikasi infarksi miokardium KECUALI

A.   Disritmia
B.   Edema pulmonari
C.   Kegagalan kardiak
D.   Peningkatan keluaran kardiak

54.Kesan hipertensi kronik ke atas jantung adalah

A.   Stenosis injap mitral
B.   Hipertrofi myocardium
C.   Penurunan keluaran kahak
D.   Peningkatan keluaran kahak


55.Gangguan dalam konduksi jantung akan mengakibatkan

A.   Aritmia
B.   Hipotensi
C.   Ateriosklerosis
D.   Edema pulmonari

56.Denyutan dalam sistem konduksi jantung akan mengakibatkan

A.   Fluter atrium
B.   Ritma sinus
C.   Aritmia sinus
D.   Fibrilasi atrium

57.Kesan kegagalan jantung kanan ialah

A.   Angina pectoris
B.   Edema sistemik
C.   Edema pulmonari
D.   Infarksi miokardium



58.Langkah pertama dalam resusitasi kardiopulmonari ialah

A.   Memeriksa nadi carotid
B.   Membuka saluran
C.   Memulih denyutan jantung
D.   Memulakan kompresi jantung

59.Kompresi jantung hanya dilakukan keatas jantung mangsa selepas menentukan ketiadaan nadi

A.   Radial
B.   Brakial
C.   Carotid
D.   Temporal


60.Tujuan pemberian makanan lembut kepada pesakit infarksi miokardium akut adalah untuk
A.   Mengelakkan muntah
B.   Merehatkan sistem pencernaan
C.   Mengurangkan beban jantung
D.   Mengelakkan sembelit