30 October 2013

PENYEDUTAN OROFARINKS

TUJUAN
1. Mengekalkan salur udara yang pesakit
2. Mengelakkan aspirasi ke dalam salur pernafasan
3. Merangsang atau substituting batuk yang berkesan
4. Mengambil spesimen

PENAKSIRAN

Pesakit
1. Tanda-tanda am yang ditunjukkan pesakit seperti bunyi gurgling dan ciri-ciri
pernafasan menunjukkan terdapat kesekatan salur udara
2. Kegelisahan dan kelakuan pesakit
3. Tanda-tanda takipnea, takikardia, dan peningkatan kadar tekanan darah
4. Jarak kemasukkan kateter sedutan (diukur dari hujung hidung hingga ke cuping
telinga (10 – 15 sm)

Alat-alat
1. Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

2. Mesin sedutan yang berfungsi dengan tekanan negatif
a. Portable Suction Machine
• 3 – 5 mm Hg (bayi)
• 5 – 8 mm Hg (kanak-kanak)
• 8 – 15 mmg Hg (dewasa)
b. Wall suction unit
• 40 – 60 mm Hg / 8 < kPa (bayi)
• 60 – 100 mm Hg / 8 – 13 kPa (kanak-kanak)
• 100 – 120 mmg Hg / 13 – 16 kPa (dewasa)

3. Botol penerima yang berisi dengan cecair disinfektan Klorheksidin 0.5% /1:200

4. Sumber elektrik

5. Kateter sedutan steril mempunyai thumb control dan 2 lumen (1 di hujung dan 1 disisi)

Jururawat
Keperluan jururawat

Indikasi prosedur

1. Pesakit yang mempunyai sekresi yang berlebihan
2. Keperluan spesimen 

PERANCANGAN
·        Alat-alat
·        Troli yang telah dibersihkan
·        Set sedutan steril
·        Tiub silikon panjang steril
·        Sodium Klorida 0.9%
·        Kateter sedutan steril jenis thumb control yang bersesuaian
·        Sarung tangan steril (jenis polymer – 1 pasang)
·        Kertas tisu
·        Topeng oksigen sambung dengan bekalan oksigen (jika perlu)
·        Bekas sampah

PENILAIAN
1. Salur pernafasan pesakit paten
2. Kadar pernafasan pesakit adalah normal (12 – 18 minit)
3. Tiada bunyi “gurgling” kedengaran

DOKUMENTASI
1. Tarikh dan masa sedutan dilakukan
2. Keadaan am pesakit sebelum, semasa dan selepas prosedur penyedutan
3. Warna, amaun dan bau sekresi
4. Keperluan intervensi kecemasan
5. Sebarang keabnormalan


Laporkan sebarang keabnormalan

No comments: