20 May 2013

KANSER SERVIK




Apakah itu kanser servik?


• Kanser servik adalah kanser pangkal rahim, dimana servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.

• Kanser servik ini adalah penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

• Ia boleh terbahagi kepada :

       I.            Peringkat awal

 Berlaku di sekitar servik.

    II.            Peringkat akhir

-       Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'.

-        Contohnya, seperti di paru-paru melalui sistem aliran darah, ini merupakan kedua  
 terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.

• Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes
  sejak kebelakangan ini.

• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk
  mengidap kanser ini.

• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang
  dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.

• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan
   adalah disebabkan oleh kanser servik.



PERINGKAT-PERINGKAT KANSER SERVIK






SERVIK







Apakah penyebab kanser pangkal rahim?


1. Penyebab sebenar tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.

2.Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

-       Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
-       Bertukar-tukar pasangan
-       Mengandung lebih dari 5.
-       Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus).
- Genetik

3.      Kurang jagaan kebersihan anggota sulit.

4.      Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).

5.      Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.



Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?


Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

·         Pendarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid).
·         Pendarahan yang banyak.
·         Pendarahan yang berpanjangan.
·         Pendarahan di antara haid.
·         Sakit.
·         Kehadiran darah beku.
·         Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual.
·         Sakit semasa hubungan seksual.
·         Perdarahan dari vagina selepas putus haid.
·         Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina.
·         Berbau.
·         Bercampur darah.



Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.

·         Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi, lebih kurang 10 - 15 tahun.

·         Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.


·         Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.

·         Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia').


       Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear.




Ujian pap smear


Apakah ujian yang mengesahkannya?

ØSekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah kolposkopi (colposcopy).

Ø  Kolposkopi adalah suatu alat yang dimasukkan ke dalam vagina dan membolehkan pemeriksaan servik & bahagian atas vaginA

ØSekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan  seperti berikut:

  ØBiopsi (biopsy) adalah pengambilan secebis tisu hidup dari organ atau sebahagian daripada tubuh untuk pemeriksaan mikroskopi.

  ØBiopsi punch adalah suatu alat yang tajam untuk mengambil sampel kecil servik.

Ø Leep adalah alat kawalan elektrik untuk menghiris tisu pada servik

ØKuretes endoservik adalah instrument berbentuk sudu kecil untuk mengeruk tisu pada pangkal servik.

 ØConization adalah pembuangan suatu kon tisu melalui pembedahan (hystoretomy) untuk membuang suatu bahagian servik.


Apakah rawatan yang disediakan?


Ø  Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.

Ø  Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

·         Pembedahan
·         Radioterapi
·         Kemoterapi

Ø  Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.


Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

·         Mencegah lebih baik dari merawat.
·         Amalkan cara hidup yang sihat.
·         Setia pada pasangan anda.
·         Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
·         Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

INDIKASI

·        Untuk wanita yang berusia 35 tahun ke atas.
·        Pesakit tidak perlu berpuasa sebelum prosedur di jalankan.
·        Prosedur di lakukan kepada pesakit yang sedar diri bukannya yang tidak sedar (unconcius).

KONTRAINDIKASI

·         Tidak boleh melakukan prosedur ketika datang haid.
·         Tidak boleh melakukan hubungan seks sehari sebelum prosedur.
·         Tidak boleh memakai pakaian dalam ketika prosedur di jalankan.



Serba sedikit yang ara ley kongsi ngan kawan2 semua.... golongan perempuan haruslah mengambil perhatian lebih..... hehehhehehe..... untuk kita,suami,dan keluarga bahagia....







No comments: