Jika Cinta Tidak Direstui Keluarga
Kita sering dengar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian
akibat ketiadaan restu orang tua. Bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun
akhirnya tetap tak dapat bersatu lantaran tentangan dari ibu bapa. Memanglah
ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka tapi tak kurang juga tentangan
akibat hal remeh-temeh ...
“ Tidak mendapat
restu keluarga kekasih” apa akan berlaku?? Apakah akan kawin lari ?? atau
abaikan ibubapa?? Atau digelarkan anak derhaka?? Atau apa apa saja pandangan
orang... masalah ini memang menjadi satu
masalah dalam sebuah percintaan.
Di Sebabkan
tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu.. salah siapa?? Adakah bakal mertua terlalu
memilih?? Apakah calon menantu banyak kekurangan atau mempunyai rahsia antara
satu sama lain?? Maybe dendam kuarga yang tersimpan ataupun hasutan orang ke
tiga dan ataupun bomoh?? Sama samalah kita olah bersama....
Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering
berpunca daripada
• Perbezaan taraf
kehidupan
• Taraf
pendidikan
• Rupa paras dan
sebagainya
• Sikap bakal
menantu yang serba kekurangan
• Sikap bakal
mertua yang cerewet
• Hasutan orang
ketiga
• Dendam ?? kali
yaaa....
Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan
mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan
menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk
terhadap dunia percintaan pasangan kekasih....
Apa penyelesaiannya?? Pihak mana yang harus memberi
penekanan?? Siapa yang harus pertanggunjawapkan?? Si lelaki nak ditelan tak
masuk nak diludah tidak keluar.... tidak mahu menjadi anak derhaka tetapi dalam
masa yang lain enggang melepaskan kekasih hati yang sekian lama bersama...
Ada diantara keluarga yang akan menentang hubungan tersebut bermati-matian berusaha
untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini, jika pasangan itu
terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang
itu...namun apakah mampu pasangan ini bertahan??
Jika hanya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk
mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin
menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi
sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.
Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,
malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan,
budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan
bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada
gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan
amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan
keluarga.
Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan
pasangan anda daripada aktiviti keluarga.
Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan kita .
Apalagi kalau kita sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu
hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan
meletakkannya di antara dua pilihan.
Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu
secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya
keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon
menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta
mereka menerima diri kita seadanya.
Bagi pihak lelaki dia juga mungkin berasa malu kerana belum
berjaya memujuk keluarganya agar menerima kita dalam keluarga mereka.
Sebaik-baiknya bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan
betapa bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai
kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada
keluarga untuk mengenal kita berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada pepatah
mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka mengetahui dengan
lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini, kesabaran kita memang amat
dituntut...
Ingatkan kembali kepada si dia jika keluargany masih bersikap
negatif terhadap diri kita, kerana itu akan menyakitkan diri kita meskipun kekasih
masih setia di samping kita. Jika kita dan kekasih sama-sama memiliki ketabahan
dan percaya diri, cari orang yang bersimpati dengan kita dan dikenali oleh keluarganya.
Bantuan orang ini barangkali boleh membantu mencairkan masalah kita dengan
keluarga kekasih.
Sebagai orang muda, kita bebas untuk saling mencintai,
menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan berfikir
yang bukan-bukan.
Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan rumahtangga
pastikan ketika itu kita berdua sudah mendapat restu daripada keluarga
kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak direstui keluarga sering dilanda
badai yang tidak terduga.
“ Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan
segala-galanya “ Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta.
Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan dengan
sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih ada dada cinta
lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.
Jika ini berlaku kepada kita, bagaimana kita mengatasinya?
1. Tunjukkan fakta dan buktikan bahawa pilihan kita tepat
> Bila
ibu bapa bantah pilihan kita secara terang ataupun kiasan, jangan pula kita naik
angin. Bincanglah dengan kepala yang dingin dan penuh kekeluargaan.
>Mungkin
selama ini mereka salah faham sikap pasangan kita. Tunjukkan bukti bahawa
pilihan kita tepat.
>Lagi nak
meyakinkan keluarga buatlah solat istiqarah dan nyatalah bahawa pasangan kita itu
yang kita dapat.... insyaallah Tuhan sedang memberi petunjuk kepada kita....
> Ada ibu
bapa yang taknak restu niat anak mereka yang ingin mendirikan rumah tangga
kerana bimbang mereka akan diabaikan oleh si anak lepas berkahwin.
> Tidak
kurang juga ibu bapa yang tidak merestui kerana cemburu memikirkan kasih sayang
kita terhadap mereka akan berkurangan kerana akan dilebihkan kepada pasangan.
> So,
pandai-pandailah tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa
kita akan memperoleh kebahagiaan yang tak ternilai sekiranya mereka dapat menerima
dan menyayangi pasangan kita sebagaimana mereka menerima dan menyayangi diri
kita.
> Ketika
kita ingin menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, pastikan masa yang kita pilih
itu tepat.
> Janganlah kita suarakan niat kita di kala ibu
bapa tengah tension, sah-sah niat kita akan dapat jawapan negatif. Sebaiknya
pilihlah waktu mereka sedang bergembira meraikan sesuatu.
> Sebagai
anak, pasti kita dapat 'baca' reaksi ibu dapa sama ada mereka suka atau tidak
pasangan kita melalui cara dan mimik muka mereka.
> So,
kalau pasangan datang rumah dan ibu bapa buat derk aje, paham-paham la apa
maknanya. Buatlah sesuatu seperti mendekatkan pasangan dengan orang tua supaya
dapat saling lebih mengenali agar dapat mengubah persepsi orang tua kita
terhadap pasangan kita.
> Saya
pasti orang tua kita tidak kenal pasangan kita. Paling bagus tahu nama pasangan
kita, apa pekerjaannya dan asal orang mana. Mungkin 3 perkara itu sahaja yang
orang tua kita tahu tentang pasangan kita. Jadi kita perlu mendekatkan mereka
supaya boleh saling mengenali dengan lebih dekat.
> Apa jua
yang terjadi, berpegang teguhlah kepada komitmen kita dan pasangan.
> Komitmen
kita, rasa saling menghormati serta berkomunikasi akan membantu kita dalam
mengatasi persoalan dalam keluarga.
> Jangan
terbelenggu dengan tekanan perasaan atau
stress sehingga mampu menggoyahkan hubungan kita berdua.
> Apabila
wujud masalah begini, kerjasama kita amat diperlukan kerana jika 1 pihak sahaja
yang berusaha, tak akan menjadi.
> Rendahkan
ego dan selamat mencuba.
Ingat cinta bukan segalanya...!!!
Rezeki ,Jodoh,Ajal, Maut Dan Pertemuan Semua Rahasia
ILLAHI,semua atas kehendak NYA.......
Sedikit Sumber
dari internet n blog....
No comments:
Post a Comment