06 February 2013

Semut Dan Cengkerik


Hai u all... macam biasa ayat pertama yang ara akan kata tak tahu nak tulis ape... huhuhuhu... dah bosan kan dengar benda yang sama jerk kan... hehhehehe.... sorry la mmg buntu pun........

Hhaaaa... kali ni jum santai ngan ara... ara nak ajak kawan kawan baca komik ni ngan ara... alaaaa memang la bunyinya macam budak2 tapi kadang kadang kita perlu juga layan katoon kan.... hehehhehehe.... 

ooookkk jum kita masuk dalam alam semut dan rakan2 kejap...... cerita dia berbunyi macamni.....
 
Ada Seekor cengkerik yang pandai bernyanyi, Ia akan bernyanyi dari matahari terbenam hinggalah terbit matahari esoknya. Apabila matahari terbit, cengkerik akan tidur sepanjang hari. Apabila lapar, barulah dia keluar mencari makan. Selepas itu, ia akan menyambung tidurnya. Pada suatu hari, cengkerik terbangun daripada tidur. Ia terlihat sekumpulan semut sedang sibuk mengheret makanan ke tempat tinggal mereka.

“ Tidakkah kamu tahu macam mana nak berehat? ” tanya cengkerik...

“Berehat? “ tanya seekor semut pula.....

“Aku lihat kamu semua bekerja siang dan malam tanpa rehat...  Lihat aku, setelah penat bernyanyi pada malam hari, aku akan berehat pada waktu siang,” kata cengkerik.....

“Habis macam mana kamu makan?” tanya semut lagi.“

Aku makan sajalah apa yang ada. Buat apa bertungkus-lumus nak memerah tenaga? Bukankah lebih enak bersenang senang ...??

Bersenang senang?? Tanya lagi seekor semut yang lain....

Kami bekerja keras untuk masa depan kami. Manalah tahu, mungkin kita akan
dilanda kesusahan ” kata ketua semut.....

“Ahh, karut !! Pendapat kamu.....  Itu memang bodoh. Tak mungkin kita akan ditimpa kesusahan! ” jawab cengkerik dengan bongkaknya.... 

Tidak lama kemudian, musim kemarau melanda hutan. Pucuk-pucuk daun yang menjadi makanan cengkerik menjadi layu. Cengkerik berasa amat dahaga dan lapar. Badannya semakin lemah. Ia tidak berdaya melompat untuk mencari makanan. Ia juga tidak berdaya untuk bernyanyi lagi. Akhirnya ia terlantar lesu dekat tempat kediaman semut. Cengkerik merayu semut agar membantunya..... 

“ Wahai semut semut tolong lah aku..... “ rayu si cengkerik yang tadinya sombong dan malas.... 

“Bagaimana kami hendak membantumu cengkerik...? Makanan yang kami simpan semuanya busuk-busuk belaka. Kamu hanya makan makanan yang baru dan segar ” kata semut.... 

“Kalau begitu, tak mengapalah. Bawalah aku masuk ke rumahmu. Aku perlu berlindung daripada cuaca yang sangat panas ini,” rayu cengkerik lagi. 

“Macam mana kami hendak bawa kamu?? Lubang masuk ke rumah kami sangat kecil...Kalau hendak bawa kamu masuk, kami terpaksa tanggalkan kaki dan tangan kamu yang panjang itu, ” kata semut...

“Buatlah apa yang kamu suka,” kata cengkerik yang lemah tak bertenaga lagi....
Semut pun memanggil rakan-rakannya....Mereka menanggalkan kaki dan tangancengkerik satu-persatu. Mereka pun menarik cengkerik ke dalam rumah mereka... Tidak lama kemudian, cengkerik itu pun mati...Tamat....

     Pengajarannya disini :
  •   Sediakan payung sebelum hujan 
  •   Hidup haruslah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian
  •   Jangan angkuh ketika sihat 
  •   Tolong menolong 
  •   Rajin kan diri sendiri tuk kita jugak 
  •   Jangan buang masa dengan benda tak berfaedah 
  •   Membuat persediaan sewaktu senang 

Cerita budak2... kadang kadang best jugak baca cerita macam gini... boleh hilang kan tension kat otak... hehhehehhhe..... ape2 pun thanz u all singgah blog ara yang tak seberapa ni.... kalau rajin tinggal la komen yea... hehheheheh... TQVM....

No comments: