13 February 2013

Gout ohh Gout



Assalamualaikum.... ari ni ara dapat berita sedey... hmmmmm sebenarnya ibu ara dah jatuh sakit hampir 2 bulan, pada mulanya ibu ara cuma menyapu sampah di hadapan rumah.... keesokan harinya kaki ibu ara mula bengkak, kesian ibu....

hmmmm biasalah kan, ayah suh urut jer, dah baper orang tukang urut yang datang urut kaki ibu tapi masih sakit.... lama jugak.... ara tak suspek la ibu sakit gout sebab simtom2 gout memang takde.... kami tak bawa ibu ke hospital sebab sebelum ni ada ustaz cakap kami sekeluarga kene ilmu hitam orang.... jadi kami hanya hantar ibu pergi umah2 ustaz je... 

tapi ibu tak sembuh2 jugak, jin dah buang, hantu yang singgah kat kaki ibu pun dah kene buang kat bukit grik... tapi ibu masih sakit ag.... hmmmmmm....

hari ni kami bawak jugak ibu pergi check kat hospital.... dan ibu dapat diagnos: Gout....
hmmmmmm kesian jugak ibu,,,,, sebab 2 bulan ibu sakit kaki... tapi tak pe la.... benda halus dah buang tinggal benda kasar jer ag.... 

so sekarang ara rawat ibu kat umah jea la.... memang dah tugas ara rawat ibu dan ara jugak seorang nurse.... kenalah bertanggung jawap.... 

okkk..... sekarang ara nak huraikan sedikit tentang gout.... alang2 ara kena amalkan jadi ara nak share kat semua jugak lah.... mana tahu kan ada yang tercari2 info tentang gout ni.... boleh jugak dapat maklumat sikit2 dari sini....hehhehehee...

ini ara ada ambil daripada banyak sumber.... campur semua sumber yang ara dapat.... jika ada kesilapan ara mintak maaf la yea.... 

okkkk jummmmm kita terjah sikit apa itu gout....
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

http://araaliyara.blogspot.com/
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti Daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil...

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.

Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure)

http://araaliyara.blogspot.com/
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid uric dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (painkiller), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah... ( jagan gunakan painkiller secara berlebihan mahupun kerap ) .

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah "memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi 
pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. 

http://araaliyara.bogspot.com/

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah "racun" yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kebanyakan painkiller yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional...Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini.

Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makanan yang banyak menghasilkan asid urik...

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout....

1.       Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. 

2.       Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3.       Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana 

4.     Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai    dan anggur jeruk.
 
         5.      Elakkan memakan mi segera seperti mi magg

         6.      Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring

         7.      Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. 
                 (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

         8.     Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa 
                 (kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa)
       
         9.     Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle 

         10.   Elakkan chokelat dan minimakan air milo.  Gantikan dengan horlick.

         11.   Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

         12.  Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

         13.   Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, 
               mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

         14.   Elakkan tembikai dan tembikai susu

         15.   Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. 
                    (Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.)
      16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk.  Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

        17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

         18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

         19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

         20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

        21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

         22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

         23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

        24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan)

        25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

        26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

        27. Elakkan jering, petai dan kerdas

        28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

        29. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

        30. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

        31. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

        32. Elakkan sayuran jeruk

        33. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

        34. Elakkan telur masin

        35. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

        36. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget 

        37. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

        38. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

        39. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

        40. Kurangkan makanan bersantan

       41. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.


Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran


HUHUHUHUHU.... BANYAKKAN pantang larang dia.... hmmmmm ara doakan kepada sesiapa yang sakit gout ni mudah mudahan cepat sembuh ya.... terutamanya pada mak ara sendiri yang baru tahu kena gout pada ari ni... 13/02/2013.....  sama-sama kita memohon doa kepada Allah swt... kerana setiap penyakit ade penawarnya....




sumber dipetik di ruangan blog2,wikipedia,google dan lain-lain....terima kasih....

Sekian wassalam wallahualam


No comments: