Assalamualaikum...
Berada di malaysia terasa amat bersyukur kerana malaysia
masih lagi berada dalam aman, tiada penindasan,peperangan, pembunuhan, penzaliman dan sebagainya...
Sedih sangat bila baca dan tengok isu GAZA ni specially bila membabitkan kanak2.......betapa kejam & hinanya syaitan2 ini mempergunakan umat islam terutamanya kanak2, menganiaya saudara kita dan memperlakukan mereka sesuka hati...ingatlah doa2 insan yang teraniaya ini cepat termakbul....
Sedih sangat bila baca dan tengok isu GAZA ni specially bila membabitkan kanak2.......betapa kejam & hinanya syaitan2 ini mempergunakan umat islam terutamanya kanak2, menganiaya saudara kita dan memperlakukan mereka sesuka hati...ingatlah doa2 insan yang teraniaya ini cepat termakbul....
kenapalah penindasan di Palestin tidak pernah berakhir? Sampai
bila umat islam disana akan menjadi mangsa? Sampai bila kanak2 akan hidup dalam
ketakutan, apa mungkin kanak kanak ini akan gembira kelak??? Ya allah
tolonglah selamatkan saudara2 kami di palestin ,gaza ya allah...
Ara amat rasa simpati dengan rakyat di bumi palestin yang
tidak habis-habis dirundung penderitaan angkara askar yahudi laknatullah yang
tidak berperikemanusiaan membunuh dengan kejam rakyat yang tidak berdosa...
Mereka bermegah dengan senjata senjata canggih berbanding
dengan batu dan senapang patah pihak palestin yang berjihad mempertahankan bumi
tanah air mereka...sasaran mereka kepada kanak kanak dan wanita menjadi mangsa
perbuatan terkutuk askar yahudi ini tanpa merasa sedikit simpati... subhanallah...
Kereta-kereta kebal askar Israel pula kini mengganas
menceroboh bandar Gaza untuk memusnahkan bandar serta membunuh ramai lagi
penduduk
Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi
seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh dengan kejam melalui roket canggih
mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka.
Kehidupan di bandar
Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa
diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa
dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja.
Cuba kita renung sejenak mereka kekurangan makanan dan
minuman, serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam,
yang tinggal hanya bunyi bedilan dan bom disana sini... sudah tentu kita dapat
merasakan betapa deritanya rakyat palestin ini.... kanak kanak menjadi trauma
dan ketakutan.... yaallah....
Kita di malaysia saling berbangga untuk memilih sesebuah
hospital untuk mendapat rawatan bila sakit, tapi sedarkah kita di palestin
tiada hospital dan rawatan yang tinggal untuk mereka,,, yang tinggal adalah
tangisan beramai2 di hospital kerana mereka tidak dapat bekalan ubatan dan
makanan...
Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus
mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang
tidak dapat dilakukan
Ade bayi yang mati selepas baru sahaja lahir kedunia kerana
tidak dapat makanan dan hilang kelurga... ya allah kasihannya... baru beberapa
hari kenal dunia, tapi tepaksa kembali......
Sehubungan dengan itu marilah kita beramai ramai bersatu
menentang rejim yahudi ini... ingatlah wahai manusia pertolongan Allah akan
sampai dari segenap penjuru kerana bertindak diiringi dengan doa adalah
kekuatan umat islam sebenarnya kerana itu adalah senjata kita.
Kalau kita sebagai umat islam dapat menjalankan amanah
membebaskan Palestin bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan dunia
Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para
Sahabat dahulu.
Ayuh marilah kita bersatu mempertahankan umat islam,, tidak
kiralah sama ada berlainan parti... samaada pas,barisan nasional ,
umno,pembangkang... ayuh bersatulah.... doa kita semua diperlukan
disana....
p/s: Hanya ini saja yang ara dapat karang untuk entry kali
ini... diharap semua dapat mengambil iktibal...
ara minta maaf jika ada salah berkata....
sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah
dan yang buruk daripada kelemahan ara sendiri....
ara sumpah time tulis ini ara
sendiri sedih,sebak dan menitis air mata... bukan hipokrik tapi bila hati kita
betul2 memahami sesuatu pasti kita dapat merasa sesuatu yang orang lain rasa... hmmmmmm....
save palestin..!!!
No comments:
Post a Comment