Assalamualaikum….
Hi kawan-kawan, adik adik semua…. Lama ara tak update blog,,, ermmmmm dah tak
tahu nak conteng apa, busy sangat sekarang…. Anda semua sihat..? ara
Alhamdulillah….
Okey
hari ni ara nak kongsi dengan adik2 yang tengah @ masih keliru dengan apa yang
sedang kakak2 berbual dalam fb dan medan social lain tu…. Haaaaaaa….Taw dak
pasai pa?? ni haaaa pasai benda ni… “APPLICATION FOR RETENTION OF NAME” ara
tengok ramai sangat adik2 yang duk Tanya kakak2 kat fb tu… kesian pula…. So ara
cuba tolong yang termampu…
Okey
soalan yang selalu adik2 tanyakan…
Macamne nak buat pengekalan
nama bagi jururawat berdaftar??
Benda
ni jadi pening sebenarnya kerana, ada diantara kita bekerja bukan dibawah
bidang medical line, so agak susah kerana sendiri untuk membuat pengekalan nama
ni, lainlah jika anda bekerja di Hospital, Klinik ataupun di medical line yang
lain, mereka yang bekerja tidak perlu risau kerana majikan akan uruskan,
panduan yang ara berikan ni hanya untuk adik2 yang tidak bekerja dan bekerja
lari bidang sahaja…
Tahukan
adik2 bahawa sesiapa yang belum bekerja ataupun bekerja di bidang lain harus
untuk membuat pengekalan nama setiap tahun, jika tidak akan ada masalah nanti,
ara pun kurang pasti apa yang akan terjadi, sebab ada yang cakap jika tidak
buat pengekalan nama, nama takkan ada dalam list KKM, ade juga kata kalau dah
melebihi tempoh yang diberikan, kena ambil balik LJM…betulkah..?? maaf sangat
adik2 sebab ara tak berapa pasti tentang ni…. Tapi jika nak selamat yang dah
lulus LJM tu buat la pengekalan nama, takkan nak ambil lagi sekali LJM kan….huhuhuhuh…
Ok
Jummm Ikut Step By Step Ni….
1. Print
out borang di Laman KKM, kemudian isi borang tersebut dengan lengkap ye…dekat
sini pon ara ada attach kan borangnya…. Tapi kalau nak kepastian boleh print
out dr portal KKM, sbb ada borang bebentuk baru….
2.
Lepas
tu sediakan apa yang borang tu nak….
- Lampirkan salinan APC @ Surat pengekalan nama yang terakhir…
- Pembayaran – RM 25.00 Setahun- Jururawat Terlati
- Bayaran hendaklah dibuat melalui KIRIMAN WANG POS @ BANK DERAF sahaja dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
WANG POS BAHAGIAN DEPAN |
WANG POS BAHAGIAN BELAKANG |
Ingat
taw masa nak pos tu pastikan ada 3 benda tadi… Jangan lupa…!! Masukkan dalam
sampul surat A4 sahaja…
- Borang yang dah diisi lengkap
- Lampiran pengekalan nama terakhir
- Wang pos RM25.00 dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
Nak
pos kat mana??? Ok pada sampul surat tu tulis alamat ni ya…. Beserta setem…..
Setiausaha,
Lembaga Jururawat Malaysia,
Kementerian
Kesihatan Malaysia,
Aras
3, Blok E1, Kompleks E,Presint 1
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590
Putrajaya.
P/S
: Jangan pening ya…. Sebab sekarang borang baru….. borang lama ada tulis kita
nak mohon bila… from……….to……. borang baru ni takde rasanya…. Ara pun pening….
Hahahahhaa….
Okey
itu saja kot setakat ni…. Kalau masih tak faham adik2 call la KKM dan Tanya
ya…. J
UNTUK DOWNLOAD BORANG..... SILA TEKAN LINK NI YA.... BORANG DISINI
5 comments:
Slm Ara. Sy dah buat semua proses ni, cuma nak tau Ara ada tak contoh reply letter dari KKM lps kita submit form retention of name tu? Sbb until now tak dapat lg letter dr KKM. Hope Ara sudi share.��
Salam kak ara, sy nk tmpg tnya, kalau sy baru ambil n passed ljm sept 2016, bila sy kena mula buat RON, sy masih lg mencari kerja. Tq k.ara
Thank you so much! Really helpful tips
Call kkm xpenah bjawap ��
Sis...kalo lmbt update rntention nme tu...ada kna bayar denda tak?
Post a Comment