STRUKTUR
SISTEM
AIR KENCING
Bladder atau pundi kencing biasanya berbentuk seperti buah pear dan akan menjadi bentuk oval apabila ia penuh.
Seluruh sistem in mengandungi duktus-duktus dan saluran yang terdiri daripada ginjal,ureter,pundi kencing dan urethra
Urine (air kencing) adalah cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan akan dikeluarkan melalui ureter kemudian ke pundi kencing dan seterusnya dikeluarkan melalui urethra.
Dinding pundi kencing terbahagi kepada empat iaitu lapisan serum sebelah luar,lapisan berotot,lapisan submukosa,lapisan mukosa epitelium peralihan.
STRUKTUR
DAN FUNGSI GINJAL
Ginjal adalah bahagian yang terletak pada bahagian posterior abdomen yang berada di daerah lumbar
iaitu di sebelah kiri dan kanan tulang belakang ianya diselaputi lapisan lemak yang tebal terutama dibelakang peritonieum dan luar rongga peritonieum.
Kedudukan ginjal dapat ditentukan dari belakang yang bermula dari paras ketinggian vertebra toraks terakhir hingga vertebra lumbar ketiga. Ginjal kanan lebih rendah berbanding ginjal kiri kerana di bahagian kanan di penuhi dengan organ hati.
Ginjal berukuran kira-kira 10-13cm (panjang,lebar 6cm dan tebal 2.5-4cm). Pada orang dewasa beratnya pula kira-kira 140g.
Bentuknya seperti biji kacang iaitu hilum menghadap ke hujung vertebral. Luarnya sedikit cembung
Ginjal kanan lebih tebal dan pendek berbanding ginjal kir
Organ ginjal dikelilingi kapsul nipis berfiber yang padat ianya membentuk penyalut yang nipis
Warna ginjal adalah seperti unggu tua dan terdiri daripada membrane bahagian luar dan medula di bahagian dalam.
Medula membentuk lima belas hingga enam belas jisim yang berbentuk peramid dan disebut piramid ginjal.
Ginjal berfungsi khas untuk mengatur kesimbangan air, kepekatan garam dalam darah ,mengawal kandungan asid dalam darah dan merupakan proses perkumuhan bahan asing dan lebihan garam.
ØNefron merupakan penapis yang penting dalam fungsi unit ginjal.
ØIa merupakan struktur yang halus dan banyak. Dianggarkan terdapat 1000000 nefron dalam setiap ginjal.
Ø Ia terjadi daripada rumpun malpighi atau glomerulus yang tersusun rapat pada hujung atas uriniferus tubula atau nefron.
STRUKTUR NEFRON PADA GINJAL
STRUKTUR
DAN FUNGSI SALURAN DARAH
•Uriniferus ialah renal yang melibatkan ginjal merupakan salah satu dua arteri besar yang berhubung dengan aorta abdominal dan menyalur terus ke ginjal.
•Cabang-cabang beranting banyak terdapat di dalam ginjal dan menjadikan arteriol aferen. Ianya membentuk simpulan kapilari-kapilari dalam satu badan malpighi.
•Kemudian pembuluh aferen menjadi arteriol eferen kecil lalu bercabang menjadi rangkaian kapilari dan dikelilingai oleh tubula uriniferus.
•Kapilari yang telah bergabung akan membentuk vena renal dan berfungsi membawa darah dari ginjal ke kelompok kapilari bertujuan agar darah dapat lebih lama berada tubula uriniferus.
STRUKTUR
DAN FUNGSI URETER
Ureter merupakan 2 tiub atau duktus yang bersambung dari ginjal ke pundi kencing.
Ketebalannya seperti sehelai bulu angsa dan kira-kira 35 hingga 45cm panjang. Panjang ureter 25-30 cm (10-12 inci).
Dinding luarnya,terdiri daripada fiber,lapisan tengah berotot dan didalamnya terdapat mukosa.
Ureter bermula dari hilum ginjal dan terus ke bawah melalui rongga abdomen dan masuk ke dalam pelvis
dan membelah sedikit serong kepada 2 bahagian di bahagian posterior pundi kencing.
Ada tiga lapisan membentuk dinding ureter iaitu mukosa (membran mukosa) dengan epithelium transtition dan propia
lamina. Lapisan kedua, yang berasal dari jaringan kollagen, serabut elastic, dan jaringan limfa. Ketiga (lapisan tengah) disebut muskularis dan lapisan teratas pada ureter disebut adventitia.
Fungsi nya adalah menyalurkan air kencing dari ginjal ke pundi kencing.
STRUKTUR
DAN FUNGSI PUNDI KENCING
üPundi kencing berfungsi sebagai tempat menangkung air kencing dan ia berbentuk seakan buah pear.
üIa terletak di dalam pelvis dan di belakang simfisis pubis.
üBahagian atas atau fundus akan sedikit naik dan mengembang jika penuh dengan air kencing.
üBentuk 3 saluran iaitu antara 2 bukaan ureter dan uretra disebut segitiga pundi kencing.
üTerdapat 4 lapisan pada pundi kencing iaitu:
üLapisan serus sebelah luar ini meliputi separuh bahagian atas sahaja.
üLapisan berotot pula terletak di bawah lapisan selaput serus.
üLapisan submukosa didapati di bawah lapisan berotot.
üLapisan paling dalam( lapisan mukosa) adalah terbina daripada tisu epitelium peralihan. Ia memelihara pundi kencing daripada acid di dalam air kencing.
STRUKTUR
DAN FUNGSI URETRA
•Uretra adalah saluran yang melalui dari leher pundi kencing ke bukaan bawah luar yang bersambung dengan membrane yang melapisi pundi kencing.
•Injap air kencing terbentuk daripada fiber otot bulat dan ia mengawal pengeluaran air kencing dari keluar serta merta.
•Pada wanita panjang uretranya2.5-3.5cm manakala pada lelaki panjangnya pula17-23cm.
•Salur kencing lelaki terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian prostat,bahagian selapeha dan bahagian zakar.
•Salur kencing lelaki menjalankan 2 tugas iaitu menyalurkan air kencing dan air mani.
PERBEZAAN STRUKTUR SISTEM URINARY ANTARA
LELAKI DAN PEREMPUAN
perempuan
lelaki
Sistem air kencing adalah salah satu sistem yang penting bagi seseorang kerana ia berfungsi sebagai sistem perkumuhan untuk pembuangan bahan asing yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Ginjal merupakan organ
yang penting untuk mengatur volume
dan komposisi darah, membantu mengatur tekanan darah, mensintesis glukosa, pelepasan erithroprotein, perpaduan Vit D dan membuaang bahan kumuhan dalam urin.
Ureter menghantar urin dari ginjal ke pundi kencing.
Pundi kencing berfungsi bagi menyimpan urin dan menjadi takungan urin.
Urethra
pula salur sebagai tempat pembuangan urin dari tubuh manusia.
No comments:
Post a Comment