28 July 2013

Keracunan Makanan / Food Poisoning

Hai assalamualaikum....selamat berpuasa ara ucapkan pada anda , anda , dan anda semua....  okey la kita straightforward je la eak pada tajuk entry kali ni.... hmmmm sebenarnya ara tak tahu nak wat tajuk apa, blurrrrrr.... tetiba dapat idea dari kawan  (shahid ) dia cakap “ Food Poisoning “  famous sekarang ni... memandangkan di bulan puasa kan... semua nak terjah bazar tuk beli makanan kan...?? so sangat berpotensi jugak tu nak dapat Food Poisoning....

Okeyla kawan2... jum kita same2 kaji bagaimana keracunan makanan ni berniaga, bersuka ria, .... kikikikiki....
Okey serius.... tahukah kita apa itu keracunan makanan...?? sebenarnya Food Poisoning ni adalah satu keadaan dimana seseorang itu mengalami  :
                                       
                                       ·         Loya dan muntah
·         Memulas dan sakit perut
·         Cirit birit
·         Kadang kala demam dan kesejukan

Selalunya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.....   Gejala yang dialami seseorang  berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada beberapa aspek contohnya :

• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang

Keracunan Makanan berpunca apabila seseorang  makan makanan yang  Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan,  makanan laut (“shell-fish”) dan sebagainya... Makanan yang Tercemar oleh kuman yang merbahaya ,,makanan yang  Tercemar oleh bahan-bahan kimia ,, makanan Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya .....

Cara Jangkitan ini boleh dikatakan

• Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
• Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli....

So bagaimana kita nak atasi masalah ini...?? Bolehkah Masalah Ini Diatasi..??
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak
kita dan berwaspada dan juga mengamalkan langkah berjaga jaga untuk diri sendiri seperti:    
    
• Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Keracunan makanan ini juga bukan saja menyerang di bazar atau di kedai / warung sahaja... malah di rumah juga selalunya kita mendapat keracunan ini....  misalnya Jika kita tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan...
Kita sebagai manusia haruslah mematuhi amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :  
1.     Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan  
2.     Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
3.     Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak  
4.     Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk   
5.     Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.
6.     Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Jika terjadinya keracunan makan kepada kita sekuarga kita haruslah  Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut....

Okeylaaaa... ara rasa ini jer yang ara dapat kongsikan pada anda semua, semoga kita mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah s.w.t.... Ingat lah bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, maniskan iman dan maniskan makanan... hahhaha.... maniskan sesenyuman lah.... amalkanlah gaya hidup sihat untuk kita, anak2 dan keluarga....

Selamat Berpuasa, selamat Bertaraweh, dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang tidak sampai 2 minggu lagi.....ara mohon maaf jika terlebih terkurang... sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri ara sendiri....waallahualam.... J Terima kasih kerana singgah di blog ara....









Dipetik oleh perbagai  sumber.... tq...

No comments: