21 August 2009

INFLUENZA A (H1N1)

Kematian akibat jangkitan penyakit Influenza A ( HINI ) semakin meningkat setiap hari. pelbagai usaha dijalankan bagi mengekang penyebaran penyakit itu. bagaimanapun, ia tidak mungkin berhasil tanpa kerjasama semua pihak untuk menghentikan penyebaran Influenza A ( HINI ) dan mencegahnya pada peringkat awal.

BAGAIMANA INFLUENZA A ( HINI ) BERJANGKIT ?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar di udara. seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada menerusi pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Tempoh orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini ialah selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini, biasanya sehingga tujuh hari dari tarikh mula mengalami gejala ini. kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini dalam tempoh lebih lama.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selsema ( influenza-like-illness ) anda dinasihatkan untuk berada dirumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mna tempat awam.




PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH

- Jika demam makan ubat demam ( paracetamol ) mengikut dos yang disyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada labe ubt. Dapatkan nasihat pengamal perubatan mengenai ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan ila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya
- Banyakkan pengambilan air ( termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup ) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Amalkan cara hidup yang sihat khususnya makan secara sihat dan lakukan aktivti fizikal.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah termasukbilik, dapur dan tandas ( contohnya, membuka tingkap ).
- Sekiranya mengalami tanda-tanda amaran kecemasan sperti brikut, SEGERA dapatkan rawatan doktor :
  • masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar jadi lebam atau biru.
  • batuk berdarah atau kahak berdarah
  • sakit dada berterusan
  • cirit-birit atau muntah yang kerap
  • demam berterusan melebihi 3 hari atau pun demam berulan selepas tiga hari pulih
  • berkelakuan luar biasa ( x normal ), keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan.
  • rasa pening apabila berdiri
  • kurang kencing


No comments: