29 January 2013

Cinta Tidak Direstui Keluarga




Jika Cinta Tidak Direstui Keluarga

Kita sering dengar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian akibat ketiadaan restu orang tua. Bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun akhirnya tetap tak dapat bersatu lantaran tentangan dari ibu bapa. Memanglah ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka tapi tak kurang juga tentangan akibat hal remeh-temeh ... 

 “ Tidak mendapat restu keluarga kekasih” apa akan berlaku?? Apakah akan kawin lari ?? atau abaikan ibubapa?? Atau digelarkan anak derhaka?? Atau apa apa saja pandangan orang... masalah ini  memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. 

Di Sebabkan  tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu..  salah siapa?? Adakah bakal mertua terlalu memilih?? Apakah calon menantu banyak kekurangan atau mempunyai rahsia antara satu sama lain?? Maybe dendam kuarga yang tersimpan ataupun hasutan orang ke tiga dan ataupun bomoh?? Sama samalah kita olah bersama....

Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca daripada 

       Perbezaan taraf kehidupan
       Taraf pendidikan
       Rupa paras dan sebagainya
       Sikap bakal menantu yang serba kekurangan
       Sikap bakal mertua yang cerewet
       Hasutan orang ketiga
       Dendam ?? kali yaaa....

Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan pasangan kekasih.... 

Apa penyelesaiannya?? Pihak mana yang harus memberi penekanan?? Siapa yang harus pertanggunjawapkan?? Si lelaki nak ditelan tak masuk nak diludah tidak keluar.... tidak mahu menjadi anak derhaka tetapi dalam masa yang lain enggang melepaskan kekasih hati yang sekian lama bersama... 

Ada diantara keluarga yang akan menentang  hubungan tersebut bermati-matian berusaha untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini, jika pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang itu...namun apakah mampu pasangan ini bertahan??

Jika hanya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.

Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan, budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. 

Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti keluarga.


Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan kita . Apalagi kalau kita sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.

Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta mereka menerima diri kita seadanya.

Bagi pihak lelaki dia juga mungkin berasa malu kerana belum berjaya memujuk keluarganya agar menerima kita dalam keluarga mereka. Sebaik-baiknya bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan betapa bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada keluarga untuk mengenal kita berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada pepatah mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka mengetahui dengan lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini, kesabaran kita memang amat dituntut...

Ingatkan kembali kepada si dia jika keluargany masih bersikap negatif terhadap diri kita, kerana itu akan menyakitkan diri kita meskipun kekasih masih setia di samping kita. Jika kita dan kekasih sama-sama memiliki ketabahan dan percaya diri, cari orang yang bersimpati dengan kita dan dikenali oleh keluarganya. Bantuan orang ini barangkali boleh membantu mencairkan masalah kita dengan keluarga kekasih. 

Sebagai orang muda, kita bebas untuk saling mencintai, menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan berfikir yang bukan-bukan. 

Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan rumahtangga pastikan ketika itu kita berdua sudah mendapat restu daripada keluarga kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak direstui keluarga sering dilanda badai yang tidak terduga.

“ Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan segala-galanya “ Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta. Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih ada dada cinta lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.


Jika ini berlaku kepada kita, bagaimana kita mengatasinya?


1.      Tunjukkan fakta dan buktikan bahawa pilihan kita tepat

      > Bila ibu bapa bantah pilihan kita secara terang ataupun kiasan, jangan pula kita naik angin. Bincanglah dengan kepala yang dingin dan penuh kekeluargaan. 

 >Mungkin selama ini mereka salah faham sikap pasangan kita. Tunjukkan bukti bahawa pilihan kita  tepat. 

 >Lagi nak meyakinkan keluarga buatlah solat istiqarah  dan nyatalah bahawa pasangan kita itu yang kita dapat.... insyaallah Tuhan sedang memberi petunjuk kepada kita....


2.    Tunjukkan bahawa kasih sayang kita terhadap ibu bapa tidak akan berubah selamanya..


> Ada ibu bapa yang taknak restu niat anak mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan diabaikan oleh si anak lepas berkahwin.

>   Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak merestui kerana cemburu memikirkan kasih sayang kita terhadap mereka akan berkurangan kerana akan dilebihkan kepada pasangan.

So, pandai-pandailah tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa kita akan memperoleh kebahagiaan yang tak ternilai sekiranya mereka dapat menerima dan menyayangi pasangan kita sebagaimana mereka menerima dan menyayangi diri kita.

3.     Pandai baca situasi.

> Ketika kita ingin menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, pastikan masa yang kita pilih itu tepat.

> Janganlah kita suarakan niat kita di kala ibu bapa tengah tension, sah-sah niat kita akan dapat jawapan negatif. Sebaiknya pilihlah waktu mereka sedang bergembira meraikan sesuatu.


4.    Usahakan untuk lebih mengenali.


> Sebagai anak, pasti kita dapat 'baca' reaksi ibu dapa sama ada mereka suka atau tidak pasangan kita melalui cara dan mimik muka mereka.

> So, kalau pasangan datang rumah dan ibu bapa buat derk aje, paham-paham la apa maknanya. Buatlah sesuatu seperti mendekatkan pasangan dengan orang tua supaya dapat saling lebih mengenali agar dapat mengubah persepsi orang tua kita terhadap pasangan kita.

> Saya pasti orang tua kita tidak kenal pasangan kita. Paling bagus tahu nama pasangan kita, apa pekerjaannya dan asal orang mana. Mungkin 3 perkara itu sahaja yang orang tua kita tahu tentang pasangan kita. Jadi kita perlu mendekatkan mereka supaya boleh saling mengenali dengan lebih dekat.

5.     Saling memberi sokongan

> Apa jua yang terjadi, berpegang teguhlah kepada komitmen kita dan pasangan.

> Komitmen kita, rasa saling menghormati serta berkomunikasi akan membantu kita dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. 
 
> Jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan  atau stress sehingga mampu menggoyahkan hubungan kita berdua.
> Apabila wujud masalah begini, kerjasama kita amat diperlukan kerana jika 1 pihak sahaja yang berusaha, tak akan menjadi.

> Rendahkan ego dan selamat mencuba.



Ingat cinta bukan segalanya...!!!
Rezeki ,Jodoh,Ajal, Maut Dan Pertemuan Semua Rahasia ILLAHI,semua atas kehendak NYA.......

Sedikit Sumber dari internet n blog....