Hai assalamualaikum....selamat berpuasa ara ucapkan pada anda ,
anda , dan anda semua.... okey la kita straightforward
je la eak pada tajuk entry kali ni.... hmmmm sebenarnya ara tak tahu nak wat
tajuk apa, blurrrrrr.... tetiba dapat idea dari kawan (shahid ) dia cakap “ Food Poisoning “ famous sekarang ni... memandangkan di bulan
puasa kan... semua nak terjah bazar tuk beli makanan kan...?? so sangat
berpotensi jugak tu nak dapat Food Poisoning....
Okeyla kawan2... jum kita same2 kaji bagaimana keracunan makanan
ni berniaga, bersuka ria, .... kikikikiki....
Okey serius.... tahukah kita apa itu keracunan makanan...?? sebenarnya
Food Poisoning ni adalah satu keadaan dimana seseorang itu mengalami :
·
Loya dan muntah
·
Memulas dan sakit perut
·
Cirit birit
·
Kadang kala demam dan
kesejukan
Selalunya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan
makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya..... Gejala
yang dialami seseorang berbeza dari
seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada beberapa aspek contohnya :
• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang
Keracunan Makanan berpunca apabila seseorang makan makanan yang Mengandungi toksin atau racun semulajadi
seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan
laut (“shell-fish”) dan sebagainya... Makanan yang Tercemar oleh kuman yang
merbahaya ,,makanan yang Tercemar oleh
bahan-bahan kimia ,, makanan Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya .....
Cara Jangkitan ini boleh dikatakan
• Penjaja/penjual tidak menghirau
kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan
kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan
yang kotor
• Penjaja/penjual mendedahkan
makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang
kebersihan makanan yang dibeli....
So bagaimana kita nak atasi masalah ini...?? Bolehkah Masalah
Ini Diatasi..??
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna,
menuntut hak-hak
kita dan berwaspada dan juga mengamalkan langkah berjaga jaga untuk
diri sendiri seperti:
• Memilih makanan yang dijual oleh
penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor
dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan
kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari
gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak
mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang
kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Keracunan makanan ini juga bukan saja menyerang di bazar atau di
kedai / warung sahaja... malah di rumah juga selalunya kita mendapat keracunan
ini.... misalnya Jika kita tidak
mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan
juga semasa makan makanan...
Kita sebagai manusia haruslah mematuhi amalan yang baik untuk
mencegah keracunan makanan seperti :
1. Basuh
tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
2. Jangan
ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit
yang bersih
3. Gunakanlah
alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang
sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
4. Simpan
atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
5. Simpan
semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu
di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.
6. Jika
tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan
hari itu sahaja.
Jika terjadinya keracunan makan kepada kita sekuarga kita
haruslah Segera ke klinik atau hospital
untuk mendapatkan rawatan dan Pastikan orang lain tidak makan makanan
tersebut....
Okeylaaaa... ara rasa ini jer yang ara dapat kongsikan pada anda
semua, semoga kita mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah s.w.t.... Ingat
lah bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, maniskan iman dan
maniskan makanan... hahhaha.... maniskan sesenyuman lah.... amalkanlah gaya
hidup sihat untuk kita, anak2 dan keluarga....
Selamat Berpuasa, selamat Bertaraweh, dan selamat menyambut hari
raya Aidilfitri yang tidak sampai 2 minggu lagi.....ara mohon maaf jika
terlebih terkurang... sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk
datang dari diri ara sendiri....waallahualam.... J Terima kasih
kerana singgah di blog ara....
Dipetik oleh perbagai sumber.... tq...