31 October 2013

Soalan Temuduga Jururawat U29

Hai Korang…. Assalamualaikum…
Ni Ara Ada Kumpul Sedikit Sebanyak Soalan Famous Time Iv KKM Tu… Ni Berdasarkan Pengalaman Orang Yang Dah Lepas Iv Dah…… Boleh La Kita Study Sesame…

1.       Introduce Tentang Diri Kita Dalam BM @ BI Terpulang Pada Keadaan…
·         Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja
·         Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di tempat belajar dulu…
·         Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, tiga point sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon. Penemuduga biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.!!

2.       Biasanya Jika Anda Masih Belum Bekerja Mereka Akan Tanya Benda Yang Simple2 Jer…
3.       Siapakah Menteri Kesihatan Kita Sekarang ??  Baca Juga Menteri2 Lain Yang Agak Berkaitan…           
                            ·         Menteri kesihatan  
                            ·         Timbalan menteri
                            ·         Pengarah kesihatan negeri (ikut tmpt temuduga) 
                            ·         Objektif kkm
                            ·         Visi dan misi kkm 
                            ·         Apa itu wawasan 2020

4.       Handwashing Concept Msti Tahu ..
5.       7R : Rt Pt Rt Drug, Rt Dose, Rt Route, Rt Time, Rt Documentation, Rt To Refuse
6.       10 S : Senyum, Segera, Sensitif, Sopan, Segak, Selidik, Selia, Semangat, Salam dan Sentuh
7.       Jenis2 Position Of Patient
              ·         Recumbent / Supin
              ·         Dorsal
              ·         Semi Prone 
              ·         Fowler’s
              ·         Lateral Trendeleburg
              ·         Kardiak 
8.       Apakah kadar normal bagi nadi, tekanan darah dan pernafasan?
A : 60-100 beat/min,120/80mmHg, 16-20/min
9.       Jenis2 Bandage,
10.   Dressing Concept Dia Kena Penting ( Ni Time Osce ) Jangan Sampai Hilang Strile…
11.   Isu Semasa (kesihatan atau bukan kesihatan)
ü  TIBI
ü  Chikungunya 
ü  Keracunan Makanan 
ü  Cholera
ü  Strok
ü  Diabetes
ü  Obesity
ü  Malaria
ü  Denggi

ü  BR1M, NKRA,SL1M, TRANSFORMASI NEGARA,KLINIK 1malaysia ( isu semasa bukan kesihatan ) 
12.   Cpr

13.   Ambu Bag,
15.   Equipmnt Atas Trolley Dressing
16.   How To Insert NGT
17.   Face Mask Dan O2 Yg Sesuai
18.   Health education bergantung pada soalan dia
19.   Intervensi bergantung pada keadaan yang diberi
20.   Medication yang famous
21.   Drug calculation
22.   Iv drip pengiraan , jenis cecair,
23.   Cara insert branula
24.   Beza glove strile dengan glove biasa


   Soalan Cepu Masss….
·         Adakah anda bersedia jika dihantar ke luar ?? Sabah or Sarawak..??
·         Kenapa kamu minat keja jururawat..??
·         Apa sumbangan & kebolehan istimewa kamu kpd KKM ??
·         Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
·         Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon)
·         Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

Perlu Dielakkan…!!
·         Tidak yakin dengan jawapan.
·         Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang
·         Merendah diri
·         Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan
·         Elakkan goyangkan kaki bermain pen dan sbagainya..
·         Jangan nervous… yakin pada diri..
·         Jawap soalan yang ditanya sahaja
·         Elakkan bercerita tentang diri kita sangat
·         Jangan sesekali compare kan GOV dengan private
·         Kalau tak tahu diam dan jangan memandai main hentam

Setakat ni je yang ara dapat,,, jika kawan2 ada paper nak tambah boleh la tambah… sharing is caring…. Kawan – kawan kita Datang Bersama Adalah Permulaan, Sentiasa Bersama Adalah Perjalanan, Kerjasama Adalah Kejayaan… terima kaseh kerana menyinggah di blog ara… luv u… gud luck tuk interview nanti… sama2 kita doakan…. Assalamualaikum dan selamat pagi…. 

30 October 2013

PENYEDUTAN OROFARINKS

TUJUAN
1. Mengekalkan salur udara yang pesakit
2. Mengelakkan aspirasi ke dalam salur pernafasan
3. Merangsang atau substituting batuk yang berkesan
4. Mengambil spesimen

PENAKSIRAN

Pesakit
1. Tanda-tanda am yang ditunjukkan pesakit seperti bunyi gurgling dan ciri-ciri
pernafasan menunjukkan terdapat kesekatan salur udara
2. Kegelisahan dan kelakuan pesakit
3. Tanda-tanda takipnea, takikardia, dan peningkatan kadar tekanan darah
4. Jarak kemasukkan kateter sedutan (diukur dari hujung hidung hingga ke cuping
telinga (10 – 15 sm)

Alat-alat
1. Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

2. Mesin sedutan yang berfungsi dengan tekanan negatif
a. Portable Suction Machine
• 3 – 5 mm Hg (bayi)
• 5 – 8 mm Hg (kanak-kanak)
• 8 – 15 mmg Hg (dewasa)
b. Wall suction unit
• 40 – 60 mm Hg / 8 < kPa (bayi)
• 60 – 100 mm Hg / 8 – 13 kPa (kanak-kanak)
• 100 – 120 mmg Hg / 13 – 16 kPa (dewasa)

3. Botol penerima yang berisi dengan cecair disinfektan Klorheksidin 0.5% /1:200

4. Sumber elektrik

5. Kateter sedutan steril mempunyai thumb control dan 2 lumen (1 di hujung dan 1 disisi)

Jururawat
Keperluan jururawat

Indikasi prosedur

1. Pesakit yang mempunyai sekresi yang berlebihan
2. Keperluan spesimen 

PERANCANGAN
·        Alat-alat
·        Troli yang telah dibersihkan
·        Set sedutan steril
·        Tiub silikon panjang steril
·        Sodium Klorida 0.9%
·        Kateter sedutan steril jenis thumb control yang bersesuaian
·        Sarung tangan steril (jenis polymer – 1 pasang)
·        Kertas tisu
·        Topeng oksigen sambung dengan bekalan oksigen (jika perlu)
·        Bekas sampah

PENILAIAN
1. Salur pernafasan pesakit paten
2. Kadar pernafasan pesakit adalah normal (12 – 18 minit)
3. Tiada bunyi “gurgling” kedengaran

DOKUMENTASI
1. Tarikh dan masa sedutan dilakukan
2. Keadaan am pesakit sebelum, semasa dan selepas prosedur penyedutan
3. Warna, amaun dan bau sekresi
4. Keperluan intervensi kecemasan
5. Sebarang keabnormalan


Laporkan sebarang keabnormalan

29 October 2013

PEMBALUTAN STUMP

TUJUAN
1. Membentuk dan meyokong stump
2. Memberi tekanan pada stump (mengurangkan edema dan pendarahan)
PENAKSIRAN
Pesakit
1. Kenal pasti lokasi stump – anggota atas/ bawah
2. Keselesaan
Alat-alat
1. Kenal pasti jenis dan saiz pembalut
• Tangan (5 – 7.5 sm)
• Kaki (10 - 15 sm)
- Above knee 10sm
- Below knee 15sm
2. Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan - sesuai, mencukupi dan selamat
digunakan
Persekitaran
Kawasan kerja yang selesa dan selamat:
• lapang
• bersih
• pencahayaan mencukupi
• ketinggian katil yang sesuai
• kunci katil
Jururawat
Keperluan pembantu

Indikasi prosedur
1. Pesakit amputasi yang memerlukan penjagaan amputasi
PERANCANGAN
Alat-alat
Talam berisi:
• pembalut mengikut saiz
• pin penyemat pembalut/plaster
• gunting
Bantal (jika perlu)

IMPLEMENTASI
Langkah-Langkah  & Prosedur Rasional
1.     Semak rancangan rawatan pesakit
·        Memastikan perawatan yang betul
2. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan pesakit
·        Memberi informasi
·        Mendapatkan kerjasama
·        Mengurangkan kebimbangan
2.    Cuci tangan
·        Meminimumkan mikroorganisma dan mencegah jangkitan silang
4. Kumpulkan alat-alat dan bawa ke unit
pesakit
·        Melancarkan prosedur
5. Sediakan persekitaran yang sesuai
·        Mengekalkan keselesaan pesakit
6. Beri privasi
·        Menghormati hak individu pesakit
7. Duduk/berdiri menghadap stump
·        Memudahkan prosedur dilakukan
8. Ampu stump Memudahkan prosedur dilakukan.
·        Memberi keselesaan
·        Menggalakkan pengaliran darah ke jantung
9. Pegang gulungan pembalut dengan tangan dominan dan hujung pembalut dengan tangan satu lagi

10. Letakkan pembalut di atas kulit di bahagian proksimal secara vertikal

11. Stabilkan kedudukan hujung pembalut dengan tangan tidak dominan

12. Mulakan balutan dari proksimal ke distal sepanjang 15 sm
·        Memudahkan pembalutan dilakukan

13. Bawa pembalut ke posterior dan ke anterior semula sehingga menutupi stump

14. Ulangi balutan sehingga menutupi bahagian stump

15. Teruskan dengan balutan spiral/figure of eight

16. Akhiri balutan pada bahagian proksimal dengan dua pusingan sirkular

17. Kemaskan balutan dengan pin penyemat/plaster pada bahagian atas
stump
·        Menetapkan kedudukan dan
·        mengemaskan balutan
18. Selesakan pesakit

19. Kemaskan alat-alat

PENILAIAN
1. Pembalutan kemas
2. Keselesaan pesakit
3. Sirkulasi baik
• Sensori
• Warna
• Suhu
• Nadi
• Mobiliti

DOKUMENTASI
1. Tarikh dan masa balutan dilakukan.
2. Deskripsi pembalut – kemas
3. Jenis /saiz pembalut
4. Tahap sirkulasi
5. Aduan pesakit


Laporkan sebarang keabnormalan

27 October 2013

PEMBALUTAN FIGURE OF EIGHT

TUJUAN
1. Imobilisasi sendi atau bahagian distal anggota
2. Menyokong pembebat luka
3. Menyokong anggota yang tercedera
4. Menghadkan pergerakan
5. Memberi tekanan pada anggota yang tercedera (mengurang edema dan
pendarahan)
6. Menetapkan splin

PENAKSIRAN
Pesakit
1. Kenal pasti lokasi anggota/bahagian badan – sendi siku/lutut/pergelangan kaki

2. Keselesaan
Alat-alat
1. Kenal pasti jenis pembalut
2. Kenal pasti saiz pembalut
• Siku (5 – 7.5 sm)
• Lutut (10 - 15 sm)
• Pergelangan kaki (10 - 15 sm)

3. Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan - sesuai, mencukupi dan selamat
digunakan
Persekitaran
Kawasan kerja yang selesa dan selamat:
• lapang
• bersih
• pencahayaan mencukupi
• ketinggian katil yang sesuai
• kunci katil
Jururawat
Keperluan pembantu

Indikasi prosedur
1. Luka pesakit yang memerlukan tekanan
2. Pesakit yang mengalami perdarahan
3. Pesakit yang memrlukan immobilisasi pada anggota
4. pesakit yang memerlukan pemakain splin

PERANCANGAN
Alat-alat
Talam berisi:
• pembalut mengikut saiz
• plaster
• gunting

Bantal (jika perlu)


IMPLEMENTASI
Langkah-Langkah  & Prosedur Rasional
1.     Semak rancangan rawatan pesakit
·        Memastikan perawatan yang betul

2. Beri salam, terangkan prosedur dan minta keizinan pesakit
·        Memberi informasi
·        Mendapatkan kerjasama
·        Mengurangkan kebimbangan

3.     Cuci tangan
·        Meminimumkan mikroorganisma dan mencegah jangkitan silang

4. Kumpulkan alat-alat dan bawa ke unit pesakit
·        Melancarkan prosedur

5.     Sediakan persekitaran yang sesuai
·        Mengekalkan keselesaan

6.     Beri privasi
·        Menghormati hak individu pesakit

7. Duduk/berdiri menghadap anggota/ bahagian badan yang perlu dibalut
·        Memudahkan prosedur dilakukan

8. Ampu sendi anggota yang perlu dibalut
(minta bantuan jika perlu)
·        Memudahkan prosedur dilakukan
·        Memberi keselesaan
·        Menggalakkan pengaliran darah
·        ke jantung
9. Pegang gulungan pembalut dengan
bahagian gulungan menghala ke atas
dengan tangan dominan
·        Memudahkan pembalutan dilakukan
10. Letakkan di atas kulit pesakit

11. Stabilkan kedudukan hujung pembalut dengan tangan tidak dominan

12. Mulakan balutan dengan dua pusingan sirkular pada sendi
·        Menetapkan kedudukan balutan

13. Lakukan pembalutan secara figure of eight

- Balut secara menurun dan menaik (bentuk angka 8) pada sekeliling sendi
- Teruskan pembalutan secara berselang-seli pada sekeliling sendi
·        Menetapkan kedudukan balutan
·        Memudahkan pergerakan pesakit
·        Mengekalian prinsip balutan

14. Selisihkan pembalutan sebanyak 1/2 atau 2/3 bahagian pembalut
·        Memberi tekanan yang sama rata pada bahagian sendi yang dibalut

15. Teruskan pembalutan sehingga menutupi sendi anggota yang diperlukan
·        Menutupi kawasan yang ingin dibalut

16. Akhiri pembalutan pada bahagian proksimal dengan dua pusingan sirkular
·        Menetapkan kedudukan balutan

17. Kemaskan pembalutan dengan plaster

18. Selesakan pesakit

19. Kemas

PENILAIAN
1. Pembalutan kemas
2. Keselesaan pesakit
3. Sirkulasi baik
• Sensori
• Warna
• Suhu
• Nadi
• Mobiliti

DOKUMENTASI
1. Tarikh dan masa balutan dilakukan.
2. Deskripsi pembalut – kemas
3. Jenis /saiz pembalut
4. Tahap sirkulasi
5. Aduan pesakit


Laporkan sebarang keabnormalanan alat-alat