18 June 2013

Anemia Hemolisis



Anemia Hemolisis
·         Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menampung pemusnahan awal sel darah merah dengan meningkatkan penghasilannya.
·         Terdapat banyak jenis Anemia Hemolisis berdasarkan kedudukan kecacatan. Kecacatan ini mungkin berlaku dalam sel darah merah itu sendiri (faktor dalaman) atau di luar sel darah merah (faktor luaran)

Gejala
·         Hidung berdarah.
·         Gusi berdarah.
·         Kesejukan.
·         Jaundis.
·         Limpa membesar.
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Sesak nafas.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Air kencing yang pekat dan gelap.

Faktor Risiko
·         Jangkitan kuman.
·         Penggunaan ubat-ubatan tertentu.
·         Gangguan autoimunisasi.
·         Gangguan keturunan yang diwarisi.

Pencegahan
Setakat ini tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk Anemia Hemolisis.

Penjagaan sendiri
·         Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan ferum.
·         Pertingkatkan penyerapan ferum dengan mengambil makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan lemon.
·         Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.

Rawatan
·         Rawatan bergantung kepada jenis dan penyebab Anemia Hemolisis.
·         Asid folik, gantian ferum dan kortikosteroid boleh digunakan. 


  • Anemia Hemolisis disebabkan kekurangan G-6PD

  • Kekurangan G-6PD merupakan gangguan genetik rantaian resesif-x yang boleh diwarisi. Kesan utamanya ialah pengurangan kandungan G-6PD dalam sel darah merah yang membawa kepada pemecahan sel darah merah.

Gejala
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Sesak nafas.
·         Limpa membengkak.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Jaundis.
·         Air kencing yang pekat dan gelap.

Faktor Risiko
·         Bangsa kulit hitam.
·         Jantina lelaki.
·         Mempunyai sejarah keluarga mengalami kekurangan G-6PD.

Pencegahan
·         Mereka yang menghidap G-6PD ini mesti menjauhi faktor-faktor yang boleh menyegerakan timbulnya kesan kekurangan enzim ini, terutama ubat yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas pengoksidaan.
·         Kaunseling atau maklumat mengenai genetik mungkin menarik perhatian wanita heterozigus dan lelaki yang mengalami kekurangan enzim ini.

Penjagaan sendiri
·         Jangan mengambil sebarang ubat yang disenaraikan di atas (di bawah tajuk Anemia Hemolisis Imun cetusan ubat-ubatan) tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.
·         Elakkan memakan sebarang kacang kuda.
·         Beritahu doktor atau pegawai farmasi yang anda temui bahawa anda mengalami kekurangan G-6PD bagi mengelakkan sebarang tindak balas yang tidak diingini terhadap rawatan yang diberikan.
·         Makan makanan seimbang dan berkhasiat dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.

Rawatan
·         Rawatan akan diberi sekiranya penyebab Anemia merupakan jangkitan kuman.
·         Jika ubat merupakan penyebabnya, maka penggunaannya perlu dihentikan.

No comments: