18 June 2013

Leukemia & Jenis2 Leukemia

  • Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan. 
  • Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal selsel darah putih. 
  • Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. 
  • Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.
  • Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Jenis-jenis Leukemia
Leukemia terjadi di dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan
berkembang dengan cepat di dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu sahaja: ini
merupakan leukemia akut. Yang lainnya pula tidak nyata dan berkembang dengan kadar yang
perlahan di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun: ini merupakan leukemia kronik.
Penyakit-penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis-jenis sel darah putih yang terlibat.
Leukemia mieloid ialah leukemia yang melibatkan granulosit-granulosit; leukemia limfoid
melibatkan limfosit-limfosit.


  1. Leukemia Limfoid Akut (Acute Lymphoid Leukaemia (ALL))
  • Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil sahaja dikalangan leukemia orang dewasa.
  • Ia menjejaskan limfosit-limfosit yang belum matang. Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan: apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel-sel pembunuh limfosit yang khas. 
  • Apabila anda menghidapi leukemia limfoid akut, limfosit tidak dapat berfungsi dengan betul dan anda mungkin mendapat jangkitan yang serius. 
  • Tambahan pula, penyakit ini menyebabkan banyak limfosit yang abnormal dihasilkan, yang menghimpit sel-sel darah merah dan platelet yang normal.
    2. Leukemia Limfoid Kronik (Chronic Lymphoid Leukaemia (CLL))
  • Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. 
  • Penyakit ini menyerang orang dewasa tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak. 
  • Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel-sel normal tidak terhimpit dan ditolah keluar dengan cepatnya berbanding dengan leukemia limfoid akut. Jika anda menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah peringkatperingkat lanjut penyakit ini
   3. Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML))
  • Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
  • Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit.
  • Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. 
  • Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah
   4. Leukemia Mieloid Kronik (Chronic Myeloid Leukaemia (CML))
  • Leukemia mieloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun. 
  • Ia menghalang sel-sel mieloid daripada berfungsi dengan betul. Ia berlaku di dalam dua peringkat: pertama, berlakunya pembahagian sel-sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut...



No comments: