18 June 2013

Anemia Pernisius

  • Disebabkan kekurangan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran gastrousus (penghadaman).
  • Boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Gejala
·         Sesak nafas.
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Hilang selera makan.
·         Cirit-birit.
·         Daya ingatan yang lemah.
·         Sengal-sengal dan kebas.
·         Mulut terasa sakit.
·         Gaya berjalan tidak stabil (masalah koordinasi tangan dan kaki) terutama dalam keadaan gelap.
·         Proses pemikiran menjadi lambat.

Faktor Risiko
·         Mempunyai sejarah mengalami gangguan Autoimunisasi Endokrin.
·         Mempunyai sejarah keluarga menghidap Anemia Pernisius dan berketurunan Scandinavia atau Eropah Utara.
·         Penghidap Diabetes Melitus.
·         Diet yang tidak seimbang terutama diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12 dan tidak mengambil tambahan vitamin.
·         Menghidap penyakit Tiroid.
·         Pernah menjalani pembedahan perut, mendapat Kanser Perut atau Gastritis.
·         Menghidap Bulimia atau Anoreksia Nervosa.

Pencegahan
Tidak dapat dicegah.

Penjagaan sendiri
·         Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin, telur dan buah-buahan kering.
·         Makan makanan kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.
·         Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah dan segar. Vitamin C meningkatkan penyerapan ferum dengan berkesan.

Rawatan
Suntikan vitamin B12 adalah rawatan yang sesuai untuk mengatasi gangguan ini.

No comments: