18 June 2013

Anemia Aplastik Sekunder


  • Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan pengurangan semua jenis sel darah.

  •  Boleh disebabkan oleh kemoterapi, terapi ubat untuk menekan sistem imun (sistem pertahanan tubuh), terapi radiasi, racun seperti benzena atau arsenik, dadah, kehamilan, masalah kongenital, Hepatitis berjangkit dan Eritematosus Lupus Sistemik.

Gejala
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Degupan jantung yang tidak sekata.
·         Ruam.
·         Mudah lebam.
·         Hidung berdarah.
·         Gusi berdarah.
·         Pendarahan berpanjangan.

Faktor Risiko
Faktor risiko untuk Anemia jenis ini tidak diketahui.

Pencegahan
·         Ia mungkin merupakan kesan rawatan yang tidak dapat dielakkan seperti kesan kemoterapi.
·         Jika boleh elakkan bahan beracun seperti Benzena atau Arsenik.

Penjagaan sendiri
·         Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.
·         Beritahu doktor bahawa anda menghidap Anemia Aplastik.

Rawatan
·         Pemindahan darah dan platlet dilakukan untuk kes yang ringan.
·         Pemindahan sumsum tulang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke bawah bagi kes-kes yang teruk.

No comments: