18 June 2013

Anemia disebabkan kekurangan folat.


  • Berlaku apabila paras asid folik menjadi rendah, lazimnya disebabkan pengambilan dari diet yang tidak mencukupi atau penyerapan tidak sempurna (semasa hamil).

  • Folat atau asid folik adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah dan tumbesaran.

  • Anemia jenis ini akan menyebabkan saiz sel darah merah luar biasa besarnya dan dirujuk sebagai megalosit. Dalam sumsum tulang ia dikenali sebagai megaloblas.

Gejala

  1. Keletihan.
  2. Sakit kepala. 
  3. Mulut dan lidah terasa sakit. 
  4. Pucat atau Jaundis.


Faktor Risiko
·         Pemakanan yang buruk.
·         Memasak makanan terlalu lama.
·         Penagih alkohol.
·         Mempunyai sejarah masalah penyerapan zat makanan.
·         Hamil. 

Pencegahan

Pengambilan asid folik dari diet yang mencukupi pada individu berisiko tinggi dan pengambilan asid folik tambahan semasa hamil boleh mencegah bermulanya anemia jenis ini.  

Penjagaan sendiri
·         Makan sumber makanan yang kaya asid folik setiap hari:
·         Ini termasuk sayur-sayuran seperti asparagus, kubis Brussels, bayam, salad Romaine dan brokoli.
·         Kacang pis hitam, kantalup (sejenis tembikai), jus oren, oat, bijirin tulen, germa (bahagian tengah) gandum dan bahagian organ dalam haiwan ternakan juga merupakan sumber-sumber yang kaya dengan asid folik.
·         Kerap memakan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang segar. Jangan terlalu lama memasak makanan kerana haba boleh memusnahkan asid folik.
·         Ambil tambahan multivitamin setiap hari yang mengandungi 100% saranan pengambilan harian (RDA) asid folik.
·         Jangan merokok kerana merokok boleh meningkatkan keperluan vitamin.
·         Jangan meminum minuman beralkohol. 

Rawatan
·         Merawat dengan pengambilan asid folik secara oral atau suntikan.
·         Rawatan melalui pengubahsuaian diet iaitu dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan sitrus.

No comments: