18 June 2013

Anemia disebabkan kekurangan zat besi



·         Merupakan bentuk Anemia yang paling lazim terjadi.
·         Berlaku apabila kandungan ferum dalam badan terlalu sedikit yang menyebabkan pengurangan sel darah merah dalam darah.
·         Ferum merupakan komponen penting hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen dalam darah.
·         Ferum biasanya diperolehi daripada makanan dan kitaran semula ferum daripada sel darah merah lama.
·         Penyebab kekurangan ferum adalah seperti kandungan ferum yang terlalu sedikit dalam diet, kurang penyerapan ferum oleh badan, kehilangan darah dan keracunan plumbum pada kanak-kanak.

Gejala
·         Pucat.
·         Keletihan yang teruk.
·         Mudah marah.
·         Lemah.
·         Sesak nafas.
·         Hipotensi Ortostatik.
·         Sakit tekak.
·         Kuku rapuh.
·         Keinginan luar biasa terhadap makanan
·         Selera makan berkurangan.
·         Sakit kepala (di bahagian hadapan).

Faktor Risiko
·         Menghidap penyakit Ulser Peptik.
·         Penggunaan asipirin untuk jangka waktu yang lama.
·         Menghidap Kanser Kolon.
·         Menghidap Kanser Rahim.
·         Kerap menderma darah.

Penjagaan sendiri
·         Makan makanan yang kaya dengan ferum.
·         Tumpukan kepada sayuran berdaun hijau, daging merah pejal, hati lembu, ikan, ayam itik, tiram, germa gandum, buah-buahan kering dan bijirin diperkaya ferum.
·         Gandakan penyerapan ferum.
·         Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan strawberi untuk membantu badan menyerap ferum daripada makanan dengan lebih berkesan.
·         Daging merah bukan sahaja membekalkan ferum yang banyak, tetapi juga meningkatkan penyerapan ferum daripada sumber makanan lain.
·         Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun teh herba adalah baik untuk diminum.
·         Mengambil tambahan ferum:
o    Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai.
o    Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.
·         Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan makanan yang mengandungi bahan tambah EDTA. Semua bahan-bahan ini menghalang penyerapan ferum.
·         Tingkatkan pengambilan serat untuk mengelakkan sembelit.
·         Elakkan aspirin dan bahan yang mengandungi aspirin.

Pencegahan
·         Sumber makanan yang mengandungi ferum ialah daging merah, hati dan kuning telur. Tepung, roti dan sesetengah bijirin diperkaya dengan ferum.
·         Sewaktu keperluan ferum meningkat seperti ketika hamil dan menyusukan bayi, tingkatkan pengambilan ferum dari diet atau mengambil tambahan ferum.

Rawatan
·         Mengambil tambahan ferum seperti ferus sulfat secara oral. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan ferum dan diperlukan dalam penghasilan hemoglobin.
·         Pengambilan ferum tambahan semasa hamil dan menyusukan bayi amat perlu kerana pengambilan biasa dari diet tidak mencukupi.
·         Memberikan ferum melalui intravena atau lapisan otot kepada pesakit yang tidak dapat menerima zat besi secara oral.

No comments: