18 June 2013

Anemia Megaloblastik.



  • Ia merupakan satu bentuk gangguan dalam darah di mana saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa, bilangan sel darah putih dan platlet yang rendah.

Gejala
·         Hilang selera makan.
·         Cirit-birit.
·         Kaki dan tangan rasa kebas dan sengal-sengal.
·         Mulut dan lidah terasa sakit.
·         Kulit menjadi pucat.
·         Keletihan.
·         Sakit kepala.
·         Jaundis.

Faktor Risiko
·         Kekurangan vitamin B12 dan asid folik
·         Menghidap Leukemia.
·         Menghidap Mielofibrosis.
·         Menghidap Mieloma Berganda
·         Gangguan keturunan tertentu yang diwarisi
·         Ubat yang mengganggu metabolisme Asid Nukleik.

Pencegahan
Mengambil vitamin B12 dan asid folik yang mencukupi dapat membantu mencegah penyakit ini.

Penjagaan sendiri
·         Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, hasil tenusu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.
·         Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.
·         Makan makanan yang kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu, dan asparagus.
·         Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah yang segar. Penyerapan ferum lebih berkesan dengan kehadiran vitamin C.
·         Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah elok diamalkan.
·         Berehat dan tidur yang mencukupi.
·         Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

Rawatan 

Tujuan rawatan adalah untuk menentukan penyebab anemia dan rawatan bergantung kepada penyebab ini.


No comments: