18 June 2013

Anemia Aplastik Idiopatik


  •  Berlaku apabila sum sum tulang gagal untuk membentuk semua jenis sel darah dengan sempurna.
  • Mungkin disebabkan oleh proses autoimunisasi (apabila badan bertindak balas terhadap selnya sendiri).
Gejala
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Degupan jantung tidak sekata.
·         Ruam.
·         Mudah lebam.
·         Hidung berdarah.
·         Gusi berdarah.
·         Pendarahan berpanjangan.
·         Nodus limfa mungkin membesar (jarang berlaku).

Faktor Risiko
Tiada faktor risiko yang diketahui mengenai Anemia Idioplastik.

Pencegahan
Tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk Anemia Idioplastik.

Penjagaan sendiri
·         Jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.
·         Tingkatkan pengetahuan mengenai penyakit anda dan bagaimana mengendalikannya. Ini akan menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.
·         Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C.
·         Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan
·         Pemindahan darah dan platlet digunakan untuk merawat kes Anemia Aplastik yang ringan.
·         Pemindahan sumsum tulang kepada pesakit yang berumur 30 tahun ke bawah dillakukan untuk kes Anemia Aplastik yang teruk. 

Anemia Hemolisis Imun
·         Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan sel darah sendiri.
·         Antibodi ini mungkin diperolehi melalui pemindahan darah, kehamilan, (jika jenis kumpulan darah bayi berbeza daripada ibu), sebagai komplikasi dari penyakit lain atau reaksi sel darah terhadap ubat-ubatan.

Gejala
·         Keletihan yang teruk.
·         Pucat.
·         Sesak nafas.
·         Kadar degupan jantung yang cepat.
·         Jaundis.
·         Air kencing pekat dan gelap.
·         Limpa membengkak.
·         Sendi membengkak.
·         Sendi tegang/kaku.
·         Sakit sendi.

Faktor Risiko Berhubung kait dengan penyebab Anemia jenis ini.
Pencegahan Melalui penyaringan antibodi dalam darah yang didermakan dan darah penerima. 

Penjagaan sendiri
·         Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.
·         Tingkatkan pengetahuan tentang penyakit anda dan cara mengendalikannya. Ini akan menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.
·         Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C.
·         Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan
·         Rawatan dengan menggunakan Prednisone adalah terapi pertama yang digunakan. Jika Prednisone tidak memberi kesan, kaedah splenektomi (pembuangan limpa) boleh digunakan.
·         Terapi Imunosupresif akan diberikan jika pesakit tidak bertindak balas dengan Prednisone dan Splenektomi.
·         Pemindahan darah dilakukan dengan berhati-hati jika diperlukan untuk merawat Anemia yang teruk. Ini kerana darah berkenaan mungkin tidak bersesuaian dan memulakan tindak balas yang tidak diingini.

No comments: