18 June 2013

Anemia



Anemia
Definisi
Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah. 

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12K
·         Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin.
·         Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal, penghasilan sel darah putih dan platelet. 

Gejala
·         Hilang selera makan.
·         Cirit-birit.
·         Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut.
·         Pucat.
·         Sesak nafas.
·         Keletihan yang teruk.
·         Lemah badan.
·         Mulut dan lidah terasa sakit.

Faktor Risiko

  • Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.


Pencegahan
·         Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang.
·         Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

Penjagaan sendiri
·         Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.
·         Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.
·         Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.
·         Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.
·         Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.
·         Berehat dan tidur secukupnya.


Rawatan
·         Melalui suntikan vitamin B12.
·         Mengambil vitamin B12 secara oral digabungkan dengan pemakanan yang lebih seimbang. 

# Dipetik dari pelbagai sumber , untuk kepastian sila rujuk doktor anda #

No comments: