09 July 2012

MAle ANdropos



Andropos 

Difinisi andropos

Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dikalangan lelaki berusia) . ia adalah pekara yang hampir sama dengan menopause kecuali pada lelaki ia berlaku secara perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopause dan penurunan hormone testosterone(hormone estrogen dalam wanita.)

Hormone  testosterone
  • Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  •  Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.
  • Andropos agak kerap berlaku.
  • Kejadian dikalangan lelaki dianggarkan:


-2%-5% semasa berumur 40 - 49
-6% - 30% semasa berumur 50 - 59
 -20% - 45% asemasa berumur 60 - 69
- 34% - 70% asemasa berumur 70 - 79
- 91% bila berumur 80 ke atas

Etiology andropos
Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
  1.  Masalah ketegangan zakar
  2. Nafsu sex rendah
  3. Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemara
  4. Masalah tidur
  5. Bulu-bulu tubuh berkuran
  6. Saiz dan kekuatan otot berkurang
  7. Peningkatan lemak tubuh
  8. Hilang daya ingatan
  9. Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  10. Daya tumpuan yang lemah
  11. Tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan keterukan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.


Rawatan yang beloh dilakukan untuk mengesan andropos
  1. Ujian hormone tetosteron boleh dilakukan di Hospital.
  2. Jika paras hormone kurang 200ng/dL lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah.
  3. Jika paras nya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormone testosteron bolehlah dipastikan.
  4. Andropos boleh dirawat dengan hormone testosterone dalam bentuk:


                     -Pil
                     -Suntikan
                     -Pellet jangkatindak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan
                     -Tampalan
                     -Jeli
                     -Apabila dimulakan, ia perlu diambil seumur hidup.

Penilaian perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon:
Pemeriksaan asas urology
  • Ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA)
  • Ujian lemak
  • Ujian fungsi hati
  • Ujian analisa sel-sel darah/kepekatan darah
  • Kesan-kesan sampingan terapi gantian hormon
  • Lelaki yang mempunyai kanser payudara dan kanser prostate tidak sesuai untuk terapi gantian hormon kerana testosterone akan menyebabkan kanser ???kanser ini membesar dengan cepat.


Kesan-kesan sampingan lain:
  • Bengkak kaki, menerukkan tekanan darah tinggi
  • Masalah hati
  • Masalah kesuburan- pengeluaran sperma berkurangan
  • Masalah tidur seperti pernafasan yang berhenti untuk jangkamasa lama semasa tidur
  • Pembesaran payudara
  • Peningkatan kepekatan sel darah merah
  • Saiz prostat semakin membesar
  • Pemeriksaan dan rujukan boleh dibuat pada:
  • Kesihatan professional( klinik kesihatan)


Klinik LPPKN
Klinik persatuan perancang keluarga untuk nasihat dan pemerhatian. 

Kesimpulan.....
Bagi meraka yang telah meningkat umur pemeriksaan fizikal hendaklah dilakukan dengan lebih kerap untuk memastikan kesihatan sentiasa berada dalam jeadaan yang baik..........

No comments: