09 July 2012

FEMALE MONOPOUSE



FEMALE MONOPOUSE

PENGENALAN
Setiap wanita yang telah mencapai umur baliqh atau matang akan mengalami haid.Haid berlaku pada umur 10 hingga 14 tahun. Ia banyak bergantung kepada tumbesaran seseorang. Bagi mereka yang telah berumur diantara awal 40an sehingga akhir 50an pula akan mengalami putus haid atau menopause. Bagi lelaki pula juga akan mengalami masalah yang sama yang dipanggil andropause. Ia biasa berlaku pada lelaki yang lewat usia seawall 40an sehingga selewat 90an.

Definisi menopause
Putus haid atau menopouse merupakan istilah perubatan yang perubatan yang digunakan untuk menjelaskan tempoh terakhir haid seseorang wanita. Ia adalah tanda-tanda berakhirnya kesuburan mereka. Ia juga merupakan peringkat hidup di mana ovari (kelenjar yang menghasilkan telur dan hormon seks seperti estrogen) akan berhenti berfungsi secara beransur-ansur. Ia juga dipanggil  sebagai “klimakterik” pada istilah doctor.

Perubahan ini tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi  akan mengambil masa untuk beberapa tahun. Ini mungkin bermula pada seawal usia 40an hinggalah ke pertengahan 50an. Selalunya ia mengambil masa selama 2 hingga 3 tahun. Fenomena ini merupakan satu proses perubahan semula jadi di dalam badan seseorang wanita. Tetapi dalam keadaan tertentu, perubahan boleh berlaku secara fizikal dan juga mental. Ada sesetengah daripada mereka tidak mengalami sebarang masalah namun kebanyakan wanita akan mengalaminya. Kadangkala ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopous awal dan bermakna ovary tidak lagi dapat berfungsi.Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh pembedahan barah ovary, penyakit darah (autoimmune), rheumatoid arthritis, hypothyroidism, penyakit keturunan, dan jangkitan viral.

Tanda-tanda  menopaus
       
     Gejala vasomotor
  • Panas dan kemerahan dimuka
  • Berpeluh
  • Denyutan jantung yang laju
  • Serangan kegugupan (panik)
  • Susah tidur


Gejala mental
  • Emosi yang berubah-ubah
  • Suasana perasaan yang berubah-ubah
  • Keletihan
  • Kurang daya ingatan
  • Mudah tersinggung


Kurang daya seks
Gejala saluran kencing/Urogenital
Kekeringan faraj dan sakit ketika melakukan persetubuhan
Keinginan atau desakan hendak membuang air keci lebih kerap
Kencing tidak terkawal
Berkemungkinan tinggi untuk mendapat jangkitan pada saluran kencing dan faraj.
Penyakit tulang
Tulang menipis (osteoporosis)
Ketinggian badan mengurang
Kepatahan tulang Kehilangan jisim tulang atau osteoporosis
Lain-lain gejala
Kulit menipis ( atrophy )
Kehilangan anjalan kulit
Kulit kering
Rambut bertambah gugur
Mudah mendapat ruam
Payu dara menjadi lembut
Berisiko tinggi mendapat serangan jantung apabila paras estrogen menurun.
Kembung di bahagian atas abdomen.
Masa haid yang tidak seragam dan berbeza-beza, seperti:
Masa haid yang lebih pendek dan haid semakin sedikit untuk selama 2 tahun ataupun lebih.
Haid berhenti untuk beberapa bulan kemudian datang semula dan jarak di antara satu-satu haid lebih lama.
Haid yang datang terlalu banyak dan/atau mengeluarkan darah beku.

Apa yang dimaksudkan keadaan panas dan kemerahan di muka.
  • 85% wanita yang menopaus mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:
  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh oleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.


 komplikasi-komplikasi menopaus
  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
  • Angin akhmar ( stroke )


rawatan untuk tanda tanda menopaus
  • Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
  • Makanan berkhasiat
  • Elakan merokok
  • Selalu bersenam
  • Berfikir secara positif
  • Melakukan pemeriksaan Pap Smear
  • Melakukan pemeriksaan payu dara
  • Mengambil makanan seimbang.
  • Tidur secukupnya.
  • Menggunakan pelincir faraj bagi memudahkan persetubuhan.
  • Jika kulit kemerah-merahan, pakai pakaian dari kain kapas dan mandi dengan air suam.
  • Tingkatkan pengambilan kalsium.
  • Berehat.
  • Terus mengambil pil perancang keluarga untuk selama setahun selepas haid yang terakhir.
  • Berkongsi masalah bersama kawan-kawan dan keluarga.
  • Bersedia dan pelajarilah mengenai hal-hal putus haid. Baca dan bertanyalah soalan-soalan mengenainya.


Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopaus dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masaalah kerap kencing, kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin. Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:
  • Krim faraj
  • Menanam
  • Pil
  • Suntikan
  • Tampalan
  • Memasukan alat vaginal ring



Penilaian sebelum memulakan rawatan HRT
Pemeriksaan menyeluruh termasuk payudara dan pemeriksaan pelvis
  • Papanicolaou smear
  • Mammogram
  • Fasting lipid profile
  • Fasting glucose level


Kesan sampingannya termasuk HRT
Kesan sampingan ringan:
  • Payu dara sakit bila disentuh
  • Kekejangan
  • Membengkak
  • Murung
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Pendarahan dari faraj


Kesan sampingan berat:
  • Barah payu dara
  • Serangan sakit jantung
  • Angin akhmar (stroke)
  • Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak


Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.
HRT tidak sesuai digunakan pada
  • Mengandung
  • Penyakit hati yang aktif
  • Disyaki barah payu dara atau rahim
  • Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)
  • Pengurusan sewaktu menopouse
  • Pengambilan ubat bukan hormon
  • Vitamin dan zat mineral tambahan seperti vitamin B, C, E dan kalsium.
  • Ubat-ubatan herba seperti teh ginseng, minuman bermadu dan teh berlimau.
  • Makanan seimbang dan amalan gaya hidup yang sihat.
  • Hipnotik, ubat tidur atau penenang.
  • Clonidine.
  • Agen penyekat b-adrenergik.
  • Remifemin (sediaan herba).
  • Pengambilan ubat-ubatan


Terapi penggantian hormon (HRT): menggantikan hormon semula jadi wanita yang telah hilang. Ini disediakan dalam bentuk pil, krim, bahan implan atau transdermal seperti pil estrogen, pil progesteron dan gabungan kedua-dua pil ini (estrogen dan progesteron).

No comments: