03 July 2012

HEPATITIS B



HEPATITIS:  Hepatitis ialah penyakit yang disebabkan oleh keradangan padahati.keradangan ini desebabkan olehvirus,ubat-ubatan termasuklah ubat herba,sistem immune badan seseorang dan lain-lain.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN  PENYAKIT HEPATITIS IALAH DISEBABKAN JANGKITAN VIRUS   HEPATITIS.

JENIS HEPATITIS

1.HEPATITIS A (HAV)
2. HEPATITIS B (HBV)
3. HEPATITIS C (HCV)
4. HEPATITIS D (HDV)
5. HEPATITIS E (HEV)
6. HEPATITIS G (HGV)

 HEPATITIS B
  
Apakah itu Hepatitis B?
       
Penyakit hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan

BAGAIMANA VIRUS HEPATITIS B MEREBAK?

      Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:
       Sentuhan
       Pemindahan darah
       berkongsi jarum,pisau cukur,berus gigi
      Tatu,tindik telinga.
      Perinatal (sekitar kehamilan) drp ibu kepada anak yang mengandung
      Hubungan seks .

Tanda dan gejala
      Gejala seakan-akan mendapat selesema
      Demam
      Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
      Keletihan dan lemah
      Hilang selera makan
                                                                  
      Loya dan muntah
      Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)


Jenis hepatitis  b

 Berbentuk  akut
 Berbentuk kronik

Berbentuk akut:
      Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
      Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
      Mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik:
      Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
      Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.  
      Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.
       

KOMPLIKASI
      Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-   lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
      Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki


 PENGURUSAN SENDIRI

LANGKAH2 UMUM YANG PERLU DIAMBI:
ü   pesakit perlu mengelakkan diri darim keletihan ( berehat di katil)
ü  mengamalkan pemakanan yang sihat
mengelakkan daripada minum alkohol,makan makanan berlemak,ubat yang boleh mengganggu fungsi hati

RAWATAN
  • Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan.mengikut arahan doktor
  •  Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati.
> Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus




No comments: